Baru-baru ini berlaku kejadian ribut pasir gergasi seolah-olah melenyapkan seluruh bandar Zhangye yang terletak di wilayah Gansu, China. Ribut pasir itu berukuran setinggi 10 meter dan beberapa rakaman berkenaan kejadian ribut pasir yang menggerunkan itu tular di media sosial.
Sewaktu kejadian berlaku, pemandu diberi amaran dan diberitahu untuk tidak berada di atas jalan raya. Penduduk juga diperintahkan untuk tinggal di dalam rumah dengan keadaan pintu dan tingkap tertutup demi keselamatan.
Ribut yang berlaku itu bergerak dengan kadar laju 17 meter sesaat telah melewati bangunan, orang awam, pengangkutan dengan debu pasir yang tebal. Menurut pihak meteorologi, ribut pasir yang datang dari Gurun Gobi pada kali ini berbeza dengan ribut yang pernah melanda sebelum ini.
Jambatan bomba dan polis turut melakukan rondaan semasa kejadian berlaku dengan memakai pakaian khas namun dikatakan penglihatan amat terbatas kerana tahap penglihatan pada waktu itu terhad kepada 10 meter sahaja.
Pihak berkuasa juga mengingatkan penduduk supaya berhati-hati dengan bahan mudah terbakar disebabkan oleh keadaan yang kering yang boleh mencetuskan kebakaran.

Satu lagi ribut pasir dijangka melanda Beijing dari barat laut dan Pusat Meteorologi Negara berkata kabus tebal akan berterusan dalam beberapa hari di kawasan Jiangsu, Anhui, Shandong, Hebei dan Sichuan.
Sumber: Mirror UK