Wanita Kurang Upaya Pilih GrabFood Sebagai Kerjaya

Sering kali kita mendengar tentang operasi tangkapan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan pengemis yang berlakon cacat, sedangkan mereka sempurna semuanya; fizikal dan mental. Meraih simpati dengan cara menipu kecacatan fizikal adalah salah satu modus operandi mudah yang diguna pakai oleh ramai peminta sedekah.

Berbeza dengan seorang wanita kurang upaya ini, beliau tidak menjadikan kekurangannya berkerusi roda sebagai salah satu kekangan untuk mencari rezeki yang halal. Bekerja sebagai penghantar GrabFood, beliau menggunakan MRT sebagai medium pengangkutan untuk memenuhi pesanan makanan pelanggan.

Figura wanita yang sudah tular di media sosial Facebook ini dilihat di dalam MRT laluan Downtown, Singapura. Ramai netizen yang memberikan maklum balas di hantaran tersebut yang memuji kegigihan wanita tersebut.

https://www.facebook.com/allsgstuff/photos/a.1993158977491488/2818282074979170/?type=3&permPage=1

Kami kongsikan beberapa maklum balas dari netizen dari ruangan komen hantaran terbabit.

Wanita OKU Pekerja GrabFood

Wanita OKU Pekerja GrabFood

Ada juga yang netizen yang berkongsi gambar seorang lelaki OKU yang turut menjadi pekerja GrabFood di ruangan komen.

Wanita OKU Pekerja GrabFood

Menjadi inspirasi kepada masyarakat, wanita OKU yang bekerja sebagai pekerja GrabFood ini memang patut diberikan pujian. Tidak lupa juga tepukan buat pihak GrabFood yang menerima golongan kurang upaya ini sebagai salah seorang daripada mereka yang melakukan perkhidmatan penghantaran makanan ini.

Melihat kepada perkara ini, tidak timbulkah rasa malu dalam diri kita yang sempurna anggota dan masih berkudrat ini tetapi menggunakan alasan malas untuk bekerja? Semoga kekurangan yang ada dalam diri tidak menjadikan kita seorang yang berputus asa dan terus cekal.

Sumber: Facebook All Singapore Stuff