Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an bertindak memasuki pintu belakang kawasan pekerja untuk meminta sos tomato kerana mendapati kekurangan sos tomato dalam bungkusan pesanannya.
Namun, pengurus restoran makanan segera McDonald’s memberitahu wanita itu dilarang berada di kawasan tersebut. Akibat berang, wanita tersebut terus memukul dan mencekik mangsa hanya kerana permintaanya tidak dilayan.
Kejadian yang berlaku pada 27 Oktober lalu di Santa Ana, Los Angeles berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup. Berdasarkan rakaman, wanita itu dilihat sedang mencekik pengurus restoran dengan bantuan pekerja restoran yang lain untuk meleraikan pergaduhan itu di kawasan dapur.
Insiden itu berakhir apabila seorang lelaki yang menemani wanita itu menariknya keluar. Polis berjaya mengesan dan menahan wanita yang menimbulkan kekecohan itu pada Selasa lalu, hasil maklumat orang ramai dan dia bakal didakwa.
Pengurus restoran memberitahu dia sedia membantu wanita itu jika dia pergi di hadapan kedai dan bukannya berada di kawasan pekerja. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku mengakibatkan tercetusnya pergaduhan.
Jurucakap polis berkata, insiden remeh seperti ini sering berlaku dan sudah menjadi perkara biasa. Mereka juga menerima laporan baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang mengamuk di kedai serbaneka hanya kerana kad kreditnya tidak berfungsi ketika hendak membuat pembayaran.
Sumber: ABC News