Sempena dengan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil pada 1 Disember ini, stesen LRT Bukit Jalil akan melanjutkan operasinya sehingga jam 1 pagi. Lanjutan perkhidmatan ini dibuat sebagai tanda sokongan kepada peminat bola sepak Harimau Malaya untuk menyaksikan pertembungan 2 negara ini.
RapidKL memaklumkan operasi LRT Bukit Jalil ini dilanjutkan selepas mereka menjangkakan bilangan kehadiran peminat bola sepak pada perlawanan ini lebih ramai ketika Malaysia menentang Myanmar pada 13 Oktober lalu berikutan daripada pengurangan harga tiket masuk.
Pihak RapidKL menyarankan agak orang ramai menggunakan kemudahan pengangkutan awam khususnya LRT Laluan Sri Petaling yang akan membawa mereka terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Penggunaan pengangkutan ini merupakan pilihan perkhidmatan terbaik untuk jaminan keselesaan dan kemudahan mereka. Stesen LRT dan MRT lain akan ditutup seperti biasa dan penumpang boleh menukar laluan di stesen integrasi (interchange) sama ada MRT di Stesen Maluri atau Stesen Plaza Rakyat/ Merdeka atau LRT Laluan Kelana Jaya di Masjid Jamek.

Orang awam yang ingin memilih perkhidmatan awam ini boleh menggunakan kemudahan fasiliti ‘park ‘n ride‘ di sepanjang Laluan Sri Petaling khususnya di stesen Putra Heights, Heights, Awan Besar, Muhibbah, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Sungai Besi dan Bandar Tasik Selatan sebelum meneruskan perjalanan menggunakan LRT ke Bukit Jalil.
Jika anda ada sebarang pertanyaan bolehlah terus menguhubungi pihak RapidKL melalui media sosial mereka seperti Facebook, Twitter, laman web rasmi atau terus berhubung di kaunter stesen LRT berdekatan anda.
Sumber: Berita Harian Online