Pusat Hiburan Kuala Lumpur Tutup Awal

Mulai Januari 2019, semua pusat hiburan di Kuala Lumpur akan beroperasi sehingga pukul 1 pagi berikutan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, pusat-pusat hiburan ini beroperasi sehingga 5 pagi. Walaubagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk pusat hiburan yang menerima kebenaran khas untuk memenuhi keperluan pelancong asing dan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Menteri Wilayah Persekutan, Khalid Abdul Samad berkata beberapa pusat hiburan yang memiliki kebenaran khas ini didapati mereka menerima pelanggan daripada orang tempatan. Melihat pada itu, pihak berkuasa akan menyemak semula pusat hiburan yang memiliki kebenaran khas agar tidak disalah guna berdasarkan aduan daripada orang ramai.

Peraturan baharu yang dikeluarkan ini juga disebabkan pihak berkuasa menerima aduan kebanyakan pusat hiburan yang beroperasi selepas waktu sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan bukannya orang asing.

pusat hiburan tutup awal
Sumber: Asia Bars

Ini merupakan langkah yang baik untuk mengelakkan pusat hiburan melanggar peraturan walaupun mempunyai lesen perniagaan yang sah. Begitu juga kepada warga tempatan perlu ada kesedaran dan kefahaman untuk tidak menghabiskan wang dan masa di tempat seperti itu, sebaliknya lebih baik luangkan masa bersama keluarga.

Sumber: New Straits Times