Travel Tanpa Sebarang Hashtag, Bolehkah?

Negara Austria baru-baru ini melancarkan kempen Unhashtag Vienna di ibu kota London. Kempen ini menyaksikan mesej ‘See Vienna-not #Vienna. Enjoy the city behind your pics’ terpampang di tempat-tempat awam di London.

vienna
Kredit: HousingAnywhere

Sempena kempen tersebut, galeri seni Upper Belvedere di Vienna telah meletakkan logo hashtag yang besar pada replika lukisan Gustav Klimt yang bertajuk “Kiss” selama 3 hari berturut-turut. Mesej yang ingin disampaikan adalah sangat jelas: Kurangkan mengambil gambar semata-mata untuk dimuatnaik ke laman sosial. Sebaliknya, gunakan masa yang ada di galeri tersebut untuk benar-benar menghayati keindahan hasil seni yang dipamerkan di galeri tersebut.

Unhashtag Vienna
Kredit: Preferente.com

Jika anda berada di lapangan terbang Vienna dalam masa terdekat ini, anda akan nampak papan tanda bertulis ‘Welcome to Vienna. Not #Vienna’ di pusat mengambil bagasi. Selain itu, anda juga boleh meminjam kamera segera secara percuma di kaunter khidmat pelancongan di Albertinaplatz. Kamera segera ini hanya boleh mengambil sebanyak 10 gambar sahaja, jadi masa yang selebihnya adalah untuk anda menikmati keindahan kota Vienna tanpa begitu banyak penggunaan telefon pintar.

tourist-info-neu-19to1-2
Kredit: Wien.info

Kempen Unhashtag Vienna mendapat kritikan yang boleh tahan hebat di media sosial. Rata-rata netizen merasakan kempen tersebut terlalu judgemental, radikal dan tidak selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Pihak Unhashtag Vienna mempertahankan kempen mereka dengan menyatakan kempen tersebut adalah semata-mata untuk menggalakkan keseimbangan antara pengalaman di media sosial dan pengalaman sebenar.

Di Asia, sebuah resort tersohor di Bali iaitu Ayana Resort & Spa telah mengehadkan masa untuk menggunakan telefon pintar di salah sebuah kolam renang mereka, River Pool. Melalui akaun Instagram resort tersebut, pelanggan resort tidak digalakkan untuk menggunakan telefon pintar di River Pool antara pukul 9.00 pagi – 5.00 petang.

Menurut pihak pengurusan resort, pelanggan mereka memerlukan masa berkualiti untuk menikmati percutian mereka, bukan semata-mata datang ke resort untuk mendapatkan gambar menarik untuk dimuatnaik di laman sosial.

ayana river pool
Kredit: Engadget

Bila melancong, yang penting sebenarnya adalah apa yang kita benar-benar lihat, pelajari dan kemudian kongsi info. Bukan sekadar lihat, muatnaik gambar atau video dan kemudian mendapatkan Like, Hashtag, Trending dan Viral.

Rasa-rasanya, wajarkah Malaysia juga mengambil inisiatif yang sama seperti negara Austria dan Ayana Resort & Spa Bali? Kita tunggu dan lihat, okey!

Kredit: Telegraph.co