Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,776 meter dari paras laut merupakan lokasi impian untuk penggemar aktiviti mendaki gunung. Keindahan pemandangan yang boleh dilihat dari sisi atas gunung ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna selain daripada memberikan kepuasan maksimum kepada penggemar aktiviti ini.
Namun, dengan statusnya sebagai gunung tertinggi dunia, anda memerlukan persediaan yang rapi untuk ke sini; sebelum, semasa dan selepas. Bukan boleh main terjah saja! Silap-silap boleh bawa maut!
Ini antara tip yang dikongsikan oleh Viviana Chan untuk mereka yang berhasrat untuk mendaki Gunung Fuji.
1. Periksa tahap kecergasan tubuh
Terdapat 4 laluan yang boleh anda lalui semasa mendaki dan laluan yang paling mudah ialah Yoshida Trail; sekitar 5 hingga 7 jam diperlukan untuk mendaki dan 3 ke 5 jam untuk turun. Laluan yang berbatu, curam dan licin memerlukan tahap kecergasan tubuh yang tinggi.
Sebelum mendaki, pastikan anda membuat aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan dan kecergasan tubuh. Penjagaan makanan juga penting supaya anda tidak mengalami kesulitan di hari mendaki nanti.
2. Pilih tempat penginapan berhampiran Gunung Fuji
Sebelum mendaki, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya untuk stamina yang maksimum. Viviana mencadangkan Hotel Mystays Fuji Onsen Resort kerana lokasinya dekat dengan garisan permulaan selain daripada beberapa lagi kemudahan lain yang memang memuaskan!
3. Persiapan mendaki
Kawasan gunung menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan akses luar. Oleh itu, anda perlulah bersiap sedia sama ada dari aspek pakaian (tebal, kalis air, pakaian tambahan dan beg yang tidak terlalu berat), peralatan mendaki (hiking stick), makanan dan juga ubatan.
Ya, memang terdapat gerai yang menjual di kawasan kaki gunung, tetapi sudah tentulah barangan tersebut dijual dengan harga yang berganda-ganda mahalnya! Secara rasminya tiada yuran yang akan dikenakan untuk mendaki gunung ini, namun akan ada kutipan ‘yuran penyelenggaraan’ sekitar ¥1000. Anda juga akan diberi peta mendaki dan juga keychain untuk dibawa pulang.
Vivian juga menyarankan agar anda bawa termos untuk air panas dan beberapa paket minuman untuk diminum di puncak gunung. Memang terbaik katanya!
4. Tempahan awal Mountain Hut
Sebelum memulakan pendakian, anda perlulah sudah menempah penginapan (boleh melalui emel) di pondok yang terdapat di gunung supaya boleh berehat selama beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Untuk tujuan keselamatan, mendaki tanpa berehat adalah dilarang kerana boleh membahayakan diri. Beliau turut mengesyorkan supaya pendaki menempah pondok di stesen 7 atau 8 supaya lebih dekat untuk ke puncak. Tak perlu risau, kawasan tandas dan sumber air yang bersih semuanya ada disediakan di sini.
Untuk mereka yang suka ‘tawan’ gunung tu, bolehlah ikut tip-tip dari Viviana jika anda berhasrat untuk menawan Gunung Fuji selepas ini. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah ke sini.
Sumber: The Travel Intern