Sebagai persediaan untuk kekal sebagai bandar yang relevan untuk generasi masa kini dan akan datang, pemaju perbandaran Gamuda Land akan menjalankan satu projek yang dijangkakan menjadi destinasi tumpuan utama pelancong tempatan dan antarabangsa iaitu Discovery Park Selangor.
Projek seluas 20.2 hektar ini akan dibahagikan kepada 3 zon iaitu Adventure Park untuk sukan ekstrim, Sports Park (sukan bertaraf antarabangsa) dan Hangout Village dengan suasana hab sosial yang unik. Kepelbagaian Discovery Park ini akan menghasilkan suasana perbandaran masa depan yang luar biasa.
Beliau berkata, untuk membina sebuah bandar yang berkualiti, fokus tidak hanya kepada pembangunan kediaman tetapi juga dalam aspek perkhidmatan, ketersambungan, infrastruktur dan landskap. Hab yang disasarkan pembukaannya pada awal pertengahan tahun 2019 ini akan dibuka secara berperingkat sebelum dibuka sepenuhnya pada 2020.
Taman tema air juga akan menjadi pelengkap kepada projek Discovery Park Selangor ini, namun dibuka sedikit lambat iaitu dalam tahun 2022. Pihak Gamuda Land masih lagi berbincang dengan beberapa peruncit yang akan menjadi rakan kongsi untuk mempelbagaikan tawaran projek taman tema ini.
Sumber: Berita Harian Online