Go-Jek Indonesia Pencabar Baru Grab Di Singapura

Baru-baru ini, Go-Jek Indonesia melancarkan aplikasi seru pandu versi percubaan di Singapura. Perkhidmatan seru pandu dari Indonesia ini akan memasuki pasaran Singapura menjelang tahun depan dan bakal menyaingi perkhidmatan seru pandu Grab di sana.

Go-Jek pencabar baru Grab
Sumber: Phys

Perkhidmatan aplikasi seru pandu versi percubaan akan dilancarkan pada peranti Android dan Apple kepada beberapa pengguna tertentu. Tempoh percubaan itu akan diminta maklum balas daripada pengguna supaya syarikat seru pandu Go-Jek dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Go-Jek sudah memperluaskan perkhidmatannya di luar Indonesia dengan menumpukannya di sekitar Asia Tenggara. Baru-baru ini Go-Jek juga telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di Vietnam dan Thailand.

Syarikat Go-Jek menyediakan perkhidmatan Go-Ride dengan menawarkan perkhidmatan teksi motosikal dan teksi kereta persendirian. Syarikat ini juga memberi perkhidmatan lain seperti Go-Food, Go-Mart, dan Go-Send tetapi di Singapura hanya melancarkan perkhidmatan teksi sahaja.

Bermula 2011 di Jakarta, Go-Jek telah melancarkan daripada hanya perkhidmatan seru pandu kepada aplikasi sehenti yang mana pelanggan boleh membuat bayaran dalam talian dan memesan makanan atau barangan runcit serta perkhidmatan mengurut.

Ramai pengguna dan pemandu beralih arah dengan perkhidmatan Go-Jek selepas Grab menguasai pasaran seru pandu dalam Asia Tenggara, menjadikannya persaingan utama di rantau ini. Ketiadaan Uber diikuti dengan beberapa aduan daripada pengguna mengenai isu Grab membuatkan Grab semakin kurang menjadi pilihan utama pengguna untuk perkhidmatan seru pandu.

Pasaran perkhidmatan seru pandu di Asia Tenggara dijangka akan mencecah sehingga $20 bilion dolar menjelang 2025 berdasarkan penyelidikan oleh Google dan Temasek.

Sumber: New Straits Times