Ibu Bapa Budak Kencing Dalam KTM Fail Saman Malu

Sebelum ini tular kes seorang budak yang kencing di dalam sebuah tren komuter perjalanan Butterworth menuju ke Padang Besar. Kejadian ini yang tular di laman media sosial Facebook ini mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang majoritinya mengkritik alasan ‘anak tak tahan’ oleh ibu bapa terbabit.

BACA: ‘Anak Tak Tahan’, Ini Alasan Ibu Bapa Biarkan Anak Kencing Dalam KTM

Pada 28 November, satu hantaran baru milik ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendapat perhatian orang ramai. Dalam hantarannya itu, beliau tampil menjelaskan perkara yang berlaku sebenarnya.

https://www.facebook.com/norasikin.samsudin.1/posts/2107282859586362

Sebelum menaiki tren, anaknya sudah dibawa ke tandas. Tidak menyediakan lampin pakai buang secara awal kerana kondisi anak yang memang sudah tidak memakainya menjadi punca utama mengapa mereka tidak mempunyai ‘simpanan’ barangan tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa sebenarnya boleh turun di mana-mana stesen untuk ke tandas. Dakwaan XinTian Chua mengenai beliau turut membuka seluar anaknya untuk kencing turut disangkal sebagai tidak benar.

https://www.facebook.com/xintian.chua/posts/10157310388732137

Selepas sahaja tiba di Stesen Padang Besar, mereka terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis bantuan dan staf yang bertugas selain daripada turut memohon maaf. Menanggung malu akibat daripada tularnya hantaran XinTian Chua, pasangan ini bakal mengambil tindakan undang-undang kepada wanita tersebut.

Sudah membuat laporan polis, aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan beberapa pihak yang lain, wanita tersebut juga mendakwa mereka boleh meminta berapa sahaja nilai saman terhadap wanita terbabit.

Setelah membaca kedua hantaran ini, anda rasa siapa yang berada di pihak yang benar dan salah? Kita tunggu pula maklum balas XinTian mengenai perkara ini. Yang penting selepas ini, apa yang berlaku di dalam media sosial jangan kita percaya bulat-bulat, ya.