Ini Cara Buat ‘Popcorn’ Guna Mesin Pengukur Kelapa

Bertih jagung atau popcorn mula dihasilkan sejak beribu-ribu tahun lagi dan menjadi semakin popular sebagai bahan kudapan yang diminati oleh semua golongan. Oleh itu, ramai para peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjana pendapat dengan penjualan bertih jagung ini.

Namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh peniaga terutamanya dari segi kuantiti penghasilan produk makanan ini. Oleh itu, Bahagian Kejuruteraan Jabatan Pertanian telah menghasilkan satu mesin yang diinovasikan daripada mesin pengukur kelapa dengan penambahan mata pisau khas yang memudahkan proses peleraian bertih buah jagung.

Inovasi mesin bertih jagung ini dibuat dengan tujuan bagi memudahkan proses penghasilan bertih jagung selain daripada boleh meningkatkan kadar pendapatan peniaga sehingga tiga kali ganda daripada nilai biasa. Peniaga tidak lagi perlu membeli bertih sejuk beku yang kadangkala hasil jualan masih lagi tidak mampu untuk memulangkan modal jualan.

https://www.youtube.com/watch?v=yLHF4VFRhgM

Dengan pembelian mesin bertih jagung sekitar RM350 hingga RM400 ini, peniaga boleh menghasilkan bertih jagung daripada buah jagung segar yang dibeli terus daripada peladang dengan harga 50 sen ke RM1 untuk setongkol. Banyak kos yang boleh dikurangkan dengan penggunaan mesein ini seterusnya meningkatkan kadar pendapatan mereka.

Kalaulah boleh beli untuk digunakan di rumah, kami pun nak beli juga. Senang, bila-bila sahaja boleh makan!

Sumber:
Utusan Online