AirAsia mengorak langkah bersama Hong Leong Bank Berhad dengan pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank, menawarkan kad kredit perjalanan yang memberikan para pemegang kad penerbangan percuma serta mudah untuk mendapatkan setiap perbelanjaan.
Tan Sri Tony Fernandes berkata penawaran ini terbahagi kepada dua iaitu Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank yang mana kedua-duanya mempunyai bonus tersendiri.

Setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik. Sebagai permulaan kepada penerbangan percuma, para pemegang kad akan menikmati bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG.
Pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 5,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM5,000 untuk setiap sukuan kalendar = 5,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.
Pemegang Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 3,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM3,000 untuk setiap sukuan kalendar = 3,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.
Selain itu, para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank turut dapat menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naiktaraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan yang layak.
Bagi pihak Bank Hong Leong, data yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini merupakan salah satu di antara 5 penumpang penerbangan tertinggi di peringkat global. Ini menguatkan lagi keyakinan mereka menjadikan kad kredit perjalanan terunggul di Malaysia.
Manakala di Filipina, Kad Kredit AirAsia adalah kad kredit penjenamaan bersama pertama untuk AirAsia di negara tersebut. Kad kredit ini akan turut diperkenalkan ke Indonesia tidak lama lagi.
Bagi pelanggan AirAsia yang berminat dengan penawaran ini, boleh mendaftar di sini untuk merasakan pengalaman penerbangan percuma dan nikmati pelbagai keistimewaan eksklusif yang ditawarkan.
Rugi jika anda yang kaki travel tidak mengambil peluang ini!
Sumber: Newsroom AirAsia