Banyak Makan Epal, OK Ke Tidak?

Buah epal memang enak dimakan bukan sahaja sebagai pencuci mulut tetapi juga sebagai snek untuk kesihatan yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolestrol dalam darah. Namun pengambilan buah ini secara berlebihan sebenarnya akan membawa mudarat kepada diri.

Pakar pemakanan Amerika, Emma Thornton menjelaskan makan epal dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan penyakit kembung perut. Kandungan fruktosa dalam epal boleh menyebabkan perut bengkak kerana merupakan karbohidrat yang tidak boleh dimakan dan dipecahkan oleh bakteria dalam kawasan usus besar.

Bakteria tersebut kemudiannya melepaskan gas yang menjadi punca angin terperangkap dalam perut. Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa seperti senak yang berulang atau berpanjangan terutamanya pada bahagian atas perut.

Makan Epal
Sumber: Pinnacle Health Group

Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan untuk tukarkan pemakanan buah atau sayuran yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi seperti tembikai, brokoli dan asparagus kepada kiwi atau nanas serta mengelakkan makanan berminyak.

Mungkin sebab itu adanya ungkapan ‘an apple a day keeps the doctor away‘. Makan sebiji buah epal sehari boleh menyihatkan badan, tetapi apabila mengambil secara berlebihan akan ‘memanggil’ penyakit untuk datang.

Sumber: Berita Harian Online