Kenali 8 Adat Dan Budaya Jepun Sebelum Anda Ke Sana

Jepun dikenali sebagai negara yang memiliki budaya dan tradisi unik, menjadikan negara matahari terbit ini sebagai destinasi impian untuk kebanyakan pelancong.

Mengenali budaya tempatan sesebuah negara adalah sangat penting untuk para pelancong agar berkelakuan baik dan sebagai menghormati ‘tuan rumah’. Sekiranya anda merancang perjalanan ke Jepun atau mengimpikan percutian pada masa hadapan, berikut merupakan beberapa fakta dan etika yang anda perlu tahu sebelum ke sana.

1. Tunduk Ketika Memberi Ucapan Selamat

kenali budaya Jepun
Sumber: Tofugu

Dalam tradisi masyarakat Jepun, mereka akan tunduk ketika menyapa seseorang dengan rasa hormat. Terdapat dua cara tunduk hormat iaitu tunduk hormat ketika berdiri dan duduk dengan cara menundukkan sedikit kepala atau tunduk dalam kedudukan 90 darjah.

Namun, bagi pelancong asing tidak perlulah beri tunduk hormat setiap kali menyapa mereka. Jika mahu memberi tunduk hormat dibolehkan sahaja sebagai mempelajari adat dan budaya mereka. Tambahan, tunduk dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada bukanlah budaya bagi masyarakat Jepun.

2. Jangan Memberi Tip

kenali budaya jepun
Sumber: GOBankingRates

Memberi tip adalah suatu perkara yang biasa dilakukan ketika berada di luar negara untuk menggantikan ucapan terima kasih. Namun berlainan pula dengan budaya Jepun yang tidak menerima tip kerana kelakukan ini dianggap tidak sopan.

3. Jangan Minum Atau Makan Sambil Berjalan

kenali budaya jepun
Sumber: Narratively

Sudah menjadi kebiasaan melihat seseorang makan atau minum sambil berjalan namun tidak bagi negara Jepun. Walaupun ia tidak dianggap teruk seperti dahulu, makan atau minum ketika berjalan masih dianggap sebagai tingkah laku kelas rendah.

Sebagai contoh, rakyat mereka akan berdiri sambil bersandar pada mesin menjual makanan atau minuman untuk mengelakkan diri daripada berjalan.

4. Penggunaan Chopsticks

kenali budaya jepun
Sumber: Femina

Apabila anda makan di gerai atau restoran Jepun, perkara penting yang perlu anda tahu adalah dilarang meletakkan chopsticks dalam makanan ketika anda tidak makan. Kelakuan ini menyerupai upacara pemakaman Jepun dan dianggap sebagai petanda buruk.

Begitu juga dianggap tidak sopan apabila ingin memotong makanan menggunakan chopsticks atau mencucuk makanan. Cara yang betul, memotong makanan dengan menggigitnya sedikit demi sedikit.

5. Makan Daging Kuda Merupakan Perkara Biasa

kenali budaya jepun
Sumber: Taiken Japan

Pemakanan daging kuda sudah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat Jepun sejak abad ke-16. Penggunaan daging kuda dalam masakan meningkat secara mendadak pada tahun 1960-an apabila peranan kuda dalam sektor pertanian dan pengangkutan sudah berkurangan.

Daging kuda dihidang mentah dipanggil basahi dan diberi jolokan sakura niku iaitu daging cherry blossom kerana warna dagingnya yang kelihatan merah jambu pucat.

6. Tuang Minuman Kepada Orang Lain

kenali budaya jepun
Sumber: Deep Japan

Apabila berkumpul minum bersama, mereka akan menuangkan minuman untuk orang lain daripada menuang minuman kepada diri sendiri. Jika air dalam gelas atau cawan sudah kosong, orang yang berdekatan akan mengisi semula air dan sekiranya tidak mahu minum lagi, tinggalkan sahaja minuman itu.

7. Makin Kuat Menyedut Makanan, Makin sedap

kenali budaya jepun
Sumber: The Japan Times

Bagi negara lain, mengeluarkan bunyi yang kuat ketika menyedut makanan seperti mi adalah dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan terutama di negara kita. Namun berbeza dengan budaya masyarakat Jepun kerana makin kuat menyedut dianggap makin sedap!

Selain itu, mereka juga menganggap makan ketika makanan masih panas membuatkan ia lebih mudah untuk dimakan disamping dapat menghargai rasa kelazatan makanan itu.

8. Hari Krismas Ialah Hari Romantik

kenali budaya jepun
Sumber: Asia Exchange

Selain menyambut Hari Valentine, masyarakat Jepun juga akan menyambut Hari Krismas sebagai hari menghargai kekasih. Walaupun populasi penganut agama Kristian di Jepun hanyalah 2 peratus daripada penduduk Jepun, Hari Krismas di sana disambut meriah oleh semua masyarakat Jepun terutama pada malam Krismas.

Senarai ini baru sedikit sahaja tentang adat dan budaya masyarakat Jepun. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang adat dan budaya masyarakat Jepun, Malaysia-Japan Discourse Project akan mengadakan satu persidangan akademik yang bertajuk “Malaysia – Japan Historical Relation: from history to a new Kizuna” pada 4 Disember 2018, bertempat di Le Meredian Putrajaya.

kenali budaya jepun
Sumber: Majadiscourse

MAJA Project ialah satu organisasi yang ditubuhkan dari Universiti Sains Islam Malaysia sebagai sokongan kata-kata Tun Dr. Mahathir atas “Dasar Pandang Ke Timur” untuk menyusun wacana mengenai hubungan Malaysia dan Jepun bermula dari sejarahnya, isu semasa dan masa depannya di pelbagai peringkat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang MAJA Project untuk mendaftar secara percuma.