Wanita Ini Kongsi Tips Kembara Keluarga Ke Turki Dan Istanbul

Alhamdulillah berjaya juga jejakkan kaki ke bumi Turki dan Greece. Cuma sebab bawa anak kecil, tak boleh backpacker secara ‘redah’ sangat Tapi Alhamdulillah masih lagi selesa. Sebab ada beberapa yang minta nak tahu secara detail, jadi Nana nak kongsi detail itinerary, kos dan info tambahan. Yang Nana kongsi ini untuk seorang dewasa. Kalau macam Cupael (anak), kena bayar tiket penerbangan sahaja sebab hotel dan lain-lain masih percuma.

23/10/2018 – Terbang ke Singapura. Transit ke Istanbul Ataturk.

24/10/2018 – Sampai di Ataturk jam 9 pagi. Menunggu untuk terbang ke Kayseri jam 4 petang. Tiba di Kayseri jam 5 petang. Daftar masuk hotel dan rehat.

25/10/2018 – Cappadocia red tour.

26/10/2018 – Bersiar sekitar kawasan pekan Goreme. Daftar keluar hotel dan bergerak ke Lapangan Terbang Kayseri. Penerbangan ke Athens jam 6 petang.

27/10/2018 – Tiba di Athens jam 2 pagi kemudian berehat dan asingkan bagasi. Penerbangan ke Santorini jam 7 pagi dan tiba sejam kemudian. Drop bagasi di Hotel Andromeda. Berjalan sekitar Town Fira untuk mencari kad sim dan kereta sewa. Di waktu petang, berjalan di sekitar kawasan Santorini.

28/10/2018
– Awal pagi bergerak ke OIA sehingga tengah hari. Kemudian ke Fira, untuk menaiki cable car dan turun di Amoudi Bay. Waktu petang ke Pantai Perissa untuk melihat matahari terbenam.

29/10/2018 – Bersiar di OIA sekali lagi untuk rakaman gambar. ‘Pusing-pusing’ kawasan Akrotiri dan Pyrgos untuk menghabiskan minyak. Kemudian pulangkan kembali kereta sewa dan berehat di hotel.

30/10/2018 – Daftar keluar hotel dan menaiki penerbangan ke Athens jam 4 petang. Tiba di Athens sejam kemudian. Tinggalkan bagasi di hotel dan menaiki kereta api ke Syntagma Square. Daftar masuk Hotel Arethusa dan pada waktu malam bersiar di kawasan Monastiraki.

31/10/2018 – Daftar keluar hotel (bagasi tinggal di hotel). Berjalan ke HRC Athens dan Acropolis. Jam 6 pulang ke hotel untuk ambil bagasi dan menaiki kereta api ke lapangan terbang. Kumpul bagasi untuk terbang ke Istanbul jam 10 malam.

1/11/2018 – Tiba di Ataturk jam 1 pagi. Bergerak ke hotel. Selepas sarapan menuju ke Dolmabahçe Palace dan Galata Tower dan kemudian makan malam di hotel.

Keluarga Ke Turki Istanbul
Sumber: Facebook Dyanna Ismail

2/11/2018 – Selepas sarapan bergerak ke Blue Mosque untuk solat Jumaat. Selepas Jumaat, menaiki cruise pakej full Bosphorus dari jam 4 petang sehingga 6 petang dan ke restoran Steakhouse Nusret Saltbae.

3/11/2018 – Kemas bagasi dan daftar keluar hotel. Berpusing di kawasan Sultanahmet untuk bergambar ‘sakan’. Jam 5 petang, pihak hotel hantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9 malam.

Bajet Tiket Penerbangan:

KUL – IST (Singapore Airlines) – RM1,300
IST – ASR Kayseri Airport (Turkish Airlines) – RM120
ASR – ATH (Turkish Airlines) – RM600
ATH – JTR – ATH (Ryan Air) – RM500
ATH – IST (Turkish Airlines) – RM588
IST – KUL (Saudi Airlines) – RM1,100

Untuk kos tiket penerbangan seorang = RM4,208. Kebanyakkan tiket menggunakan Skyscanner. Tempahan dibuat menggunakan Expedia dan direct website. Alhamdulillah semua ok.

Ada pilihan tiket yang lebih murah utk KL – IST – KUL iaitu pergi menaiki Saudi Airlines. Jimat sekitar RM200. Tapi disebabkan oleh bawa anak kecil, dan 5 jam tempoh transit di Jeddah Airport (yang kita sedia maklum antara airport paling bosan tak tahu nak buat apa). Jadi Nana pilih untuk naik Singapore Airlines. Balik pula Nana ambil Saudi sebab tempoh transit 1 jam sahaja.

Hotel (boleh pilih):

Kos hotel boleh pilih. Disebabkan Nana suka pilih hotel berdasarkan pemandangan sedangkan ada pilihan yang lagi murah. Apa pun ikut poket dan cita rasa masing-masing.

2 malam di Sakura Caves Suite – RM398 (Cappadocia)
3 malam di Andromeda Villa – RM2,400 (Santorini)
1 malam di Arethusa RM450 – (Athens)
3 malam di Arcadia Blue – RM1,500 (Istanbul)

Keluarga Ke Turki Istanbul
Sumber: Facebook Dyanna Ismail

Jumlah kos hotel RM4,748 sebilik untuk duduk berdua. Jadi kos untuk seorang = RM2,374.

Untuk hotel di Cappadocia, Nana sangat sarankan ambil Hotel Sakura Cave kalau ada yang nak terrace. Terrace seperti Sultan Cave Suite atau Mithra Cave Suite, tetapi dengan harga yang lebih murah.

Keluarga Ke Turki Istanbul
Sumber: Facebook Dyanna Ismail

Kos lain-lain:

1. Di Turki

Simkad Turkcell 5GB – TRY150 = RM120
Cappadocia Airport Shuttle return – TRY 60 = RM46
Cappadocia red tour – €25 = RM125
Ataturk Airport Shuttle – €50 satu keluarga pergi balik. Seorang €25 = RM100
Istanbulkart – TRY30 = RM25
Tiket Dolmabahçe – TRY40 = RM30
Bosphorus cruise – €10 = RM40

2. Di Greece

Vodafone 6GB – €15 = RM75
Sewa kereta 2 hari – €90 bahagi dua = RM225
Minyak kereta – €20 bahagi 2 = RM50
Santorini Airport Shuttle – €50 pergi balik bahagi 2 = RM100
Kos tinggalkan bagasi di Athens Airport – €33 bahagi 2 = RM82.50
Air mineral Santorini – €3 = RM15

Jadi kos lain-lain = RM1033 seorang.

Kalau nak jimat, airport shuttle dari Istanbul ke bandar dan dari Santorini Airport ke bandar boleh mengguna pengangkutan awam. Tapi disebabkan Nana bawa Cupael, bagasi, stroller dan beberapa perkara lagi jadi tempah awal airport transfer sebab malas ‘renyah’.

Di Santorini kalau nak jimat, tak nak sewa kereta boleh naik bas cuma kena banyak bersabar menunggu.

Bosphorus cruise 2 jam. Pendapat peribadi, bagi Nana tak seronok. Jadi baik buat short cruise sahaja.

Info tambahan:

1. Kalau ada yang bawa anak, sediakan 1 beg yang ada buku-buku aktiviti, mainan dan kudap-kudap makanan.

2. Simpan bagasi di Airport Ataturk lagi murah daripada airport athens.

3. Secara jujurnya untuk keluarga yang ada anak kecil, Athens boleh skip. Sebab sakit kaki; tangga banyak. Laluan pejalan kaki yang disediakan sempit dan tidak rata (batu bata). Tak stroller friendly. Tapi kalau gigih dan minat, teruskan.

4. Untuk Santorini, cari hotel kawasan Fira sebab situ bandar. Kalau Istanbul, cari hotel kawasan Sultanahmet.

5. Tiada kos untuk makan sebab bawa travel rice cooker, serunding, sambal ikan bilis, sambal hijau Che Nor, dan serbuk sup.

6. Boleh sewa kereta di Santorini walaupun tiada international driving license. Kalau ATV atau skuter, kena ada international driving licence. *info dari pekerja kedai sewa kereta

Keluarga Ke Turki Istanbul
Sumber: Facebook Dyanna Ismail

7. Untuk berjalan sekitar Istanbul, boleh muat turun aplikasi Trafi.

8. Di Turkey, fridge magnet murah di Cappadocia. Harga satu dalam TRY2. Di Istanbul TRY5.

9. Di Santorini, fridge magnet murah di bandar Fira sekitar harga €1.

10. Semua gambar keluarga diambil menggunakan Iphone 8 Plus/ GoPro dengan bantuan tripod Yunteng dan bluetooth remote. Kalau nak gambar satu keluarga atau berdua, sila beli tripod dan remote Bluetooth okey. Berbaloi beli demi sekeping gambar kenangan. Hihi.

Okey terima kasih sebab baca panjang-panjang. Kalau bermanfaat Alhamdulillah, doakan kami sekeluarga agar murah rezeki selalu. ❤️

* Artikel ini disiarkan dengan izin Dyanna Ismail. Anda boleh ikuti beliau di laman Facebook peribadinya di sini. Untuk makluman, artikel ini telah diubah suai mengikut format penulisan di MakanLena.