Maut Menanti Di 5 Tempat Menarik Ini

Aktiviti melancong adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan dalam diri. Kebiasaannya, ramai orang akan memilih destinasi pelancongan bersifat santai, boleh merehatkan diri dan mempunyai kawasan tarikan yang menarik.

Namun, ada juga yang lebih gemar untuk melancong ke tempat-tempat yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kemalangan maut. Di sini kami senaraikan 5 tempat yang menarik di dunia tetapi boleh mendatangkan maut jika anda tersalah langkah.

1. Cliff of Moher, Ireland

Terletak di Laluan Wild Atlantik, pemandangan di tebing ini merupakan kawasan tercantik di Ireland dan merupakan tarikan utama pelancong untuk datang ke negara ini. Cliff of Moher sehingga kini telah dikunjungi lebih daripada 1.5 juta pelancong setahun.

Berlatarkan kawasan landskap yang subur dengan tanaman, air terjun dan lautan, di sini anda boleh nikmati alam semula jadi sepuasnya dari tebing setinggi 155 meter. Lebih daripada 30 kes kematian yang terjadi di kawasan ini sejak awal tahun 1990; ketidak seimbangan badan atau bahagian tebing yang tiba-tiba jatuh ke bawah.

LARGE-TABSSLIMG-1500973219Cliffs005
Sumber: Extreme Ireland

2. Krakatoa, Indonesia

Pulau yang lebih dikenali sebagai pulau gunung berapi ini terletak di antara Kepualauan Jawa dan Sumatera di daerah Lampung. Pernah mencatatkan sejarah letupan terburuk pada tahun 1883, gunung berapi ini telah menyebabkan kematian sekitar 36,00 orang.

Kekuatan letusan gunung ini mampu meruntuhkan sebahagaian daripada kawasannya. Walaupun begitu, masih ada lagi pelancong yang sanggup menunggu untuk melihat gunung berapi Krakatoa ini meletus dari jarak dekat.

krakatau_2
Sumber: Orange Smile

3. Half Dome, Yosemite National Park, USA

Buat mereka yang sukakan cabaran mendaki, Half Dome memang tempat yang penuh dengan cabaran. Tetapi dalam perjalanan untuk mencapai puncak sepanjang 22.5km ini, anda akan berdepan dengan cabaran ketulan batu gunung yang tiba-tiba jatuh dan juga serangan beruang hitam milik penduduk Yosemite.

Sebelum sampai ke puncak, pendaki akan berdepan dengan cabaran terakhir iaitu perlu memanjat ke atas dengan menggunakan kabel daripada keluli. Memang ramai yang mengalah disebabkan oleh risiko kematian yang tinggi jika tersalah langkah.

4. Death Valley, California

Bersesuai dengan namanya, Death Valley ini akan ‘menjemput’ anda menuju kematian. Terletak di perbatasan California dan Nevada, suhu di sini boleh mencecah lebih 56°C pada musim panas. Musim sejuk kadangkala berlarutan sehingga berbulan lamanya sangat berbahaya untuk pelancong selain daripada angin ribut yang boleh menyebabkan banjir di kawasan lembah.

Death Valley ‘menggoda’ pelancong untuk datang dengan menyajikan pemandangan yang memukau seperti gelombang pasir dan saluran garam batu yang surreal. Dengan keluasan kawasan 7,800 kilometer persegi, banyak rangka atau bangkai haiwan yang akan anda jumpai di sekitarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=JNo8QJsXN4A

5. Blue Hole, Red Sea, Egypt

Terkenal sebagai lokasi aktiviti selam, kawasan sedalam lebih daripada 100 meter ini turut digelar sebagai sebuah terowong panjang (The Arch). Tersenarai dalam kawasan menyelam yang berisiko tinggi untuk membawa maut, sekitar beberapa tahun belakangan ini angka kematian di sini adalah kira-kira 130 orang sehingga 200 orang.

Jika diikutkan pada sejarah, lubang ini terbentuk disebabkan oleh sumpahan seorang gadis yang membunuh diri untuk lari daripada perkahwinan yang diaturkan keluarga. Pusaran air yang terbentuk daripada lubang ini merupakan punca utama kebanyakan penyelam ramai yang mati.

Jika sukakan cabaran sekali pun, jangan ambil risiko yang boleh membawa bahaya pada diri. Kita berseronok secara sederhana, kan lebih elok.

Sumber: Exploring