Sempena sambutan Fiesta Ulang Tahun Ke-55, Zoo Negara menganjurkan pertandingan fotografi yang bertemakan pengembaraan dengan tawaran hadiah lumayan. Pertandingan itu akan berlangsung pada 15 Disember ini dibawah tiga kategori.
Kategori yang dipertandingkan ialah kategori terbuka, kategori pelajar sekolah (rendah dan menengah) dan kategori khas. Para peserta akan diberikan masa satu jam 30 minit untuk meninjau di sekitar Zoo Negara bagi mendapatkan gambar terbaik untuk dipertandingkan.

Syarat penyertaan:
1. Para peserta perlu memiliki kad pengenalan dan mendaftar serta membuat pembayaran yuran penyertaan mengikut kategori yang dipertandingkan.
2. Hanya foto yang dirakamkan pada tarikh pertandingan berlangsung sahaja yang akan diterima untuk proses penilaian foto pertandingan fotografi Zoo Negara Malaysia Photo Explorers 2018.
3. Manakala bagi peserta Kategori Khas Harimau Malaya dibenarkan merakam foto untuk tujuan penyertaan sebelum tarikh penganjuran pertandingan fotografi Zoo Negara Malaysia Photo Explorers 2018.
4. Karya foto dengan tema “Harimau” dan dirakam di Zoo Negara Malaysia sahaja yang akan diterima untuk penyertaan bagi kategori khas.
Kategori Khas Harimau Malaya menawarkan hadiah berjumlah RM5,555.55 manakala kategori terbuka dan sekolah masing-masing menawarkan hadiah utama berjumlah RM5,000 dan RM1,000. Yuran penyertaan bagi kategori terbuka sebanyak RM85 dan bagi kategori sekolah sebanyak RM55.
Seorang peserta hanya dibenarkan menyertakan satu foto mengikut tajuk yang disediakan pihak penganjur bagi setiap kategori dengan menggunakan apa sahaja jenis kamera termasuk telefon, tablet dan lain-lain kecuali kamera pesawat drone.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh mendaftar secara atas talian melalui laman web ini sebelum 10 Disember 2018. Jangan lepaskan peluang sertai pertandingan fotografi dengan tawaran hadiah yang lumayan ini sambil mengembara di sekitar zoo!
Sumber: Zoo Negara