Selamba Sahaja Mamat Australia Ini Kupas Durian

Sering kali kita terlihat banyak paparan video yang memperlihatkan reaksi dan mimik muka masyarakat luar negara ketika makan buah durian. Kerana aromanya yang kuat, buah ini tidak menjadi pilihan untuk dimakan.

Namun, ada juga sesetengah daripada mereka yang menggemari buah ini kerana rasanya yang berlemak. Dikenali sebagai raja buah, buah durian kini sudah berjaya dipromosikan ke luar negara termasuklah di Australia.

Kupas Durian
Sumber: Wallpapers Home

Menjadikan rasa ‘cinta’ kepada buah durian sebagai satu kerjaya, Simon, seorang pekerja Fruity First 88 kelihatan tenang mengupas buah durian untuk dipaketkan dan kemudiannya dijual. Skillnya yang sama seperti kebanyakkan penjual durian di Malaysia mendapat pujian ramai.

Tidak semua orang yang suka makan durian pandai untuk mengupas buah terbabit. Disebabkan oleh kulitnya keras dan perlu mencari alur belahan buah yang betul, ramai orang luar negara membelah buah tersebut seperti memotong tembikai.

Paparan vieo di bawah menunjukkan kecekapan Simon mengupas buah durian.

Bukan itu sahaja, durian yang dijual oleh Simon ini sebenarnya ditanam di Australia dengan mengimport benih buah daripada Malaysia. Selepas ini senanglah kalau rakyat Malaysia yang tinggal di Australia mengidam nak makan durian. Beli saja dari Simon, tak perlu ambil tiket balik ke Malaysia.

Sumber: Free Malaysia Today