Selangor Mungkin Ikut KL Tutup Pusat Hiburan Awal

Kerajaan Selangor juga mahu semua pusat hiburan di negeri itu beroperasi sehingga 1 pagi, sejajar dengan dasar yang akan diguna pakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai awal tahun hadapan.

selangor tutup awal pusat hiburan
Sumber: FMT

BACA: Pusat Hiburan Kuala Lumpur Tutup Awal

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pihak berkuasa negeri akan mengkaji semuala dasar mengikut faktor-faktor tertentu termasuklah lokasi serta melihat sama ada terdapat rumah-rumah berhampiran dengan pusat hiburan.

Menurut beliau, sebelum ini pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sehingga 3 pagi dan secara umumnya tempat-tempat ini terletak jauh dari kawasan kediaman. Namun perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Exco dalam masa terdekat.

Pada khamis lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengeluarkan kenyataan bahawa semua pusat hiburan di Kuala Lumpur akan beroperasi sehingga 1 pagi mulai Januari tahun hadapan. Walaubagaimanapun, kenyataan beliau ditentang oleh aktivis peguam Siti Kasim dengan mengatakan orang dewasa bukan seperti budak kecil yang perlu diberitahu meluangkan masa di tempat yang sesuai selepas 1 pagi.

Meskipun ditentang aktivis itu, beliau mempertahankan dasar itu juga dilakukan oleh beberapa negara luar termasuklah United Kingdom yang menggunakan peraturan yang sama.

Sumber: Free Malaysia Today