Terbang Ke Avalon, Melbourne Serendah RM499 Dengan AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia pada hari ini melancarkan penerbangan pertama yang mendarat di lapangan terbang antarabangsa kedua di daerah Victoria, Barat Daya Melbourne.

AirAsia ke Melbourne Avalon
Sumber: CAPA

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, pendaratan sulung AirAsia tersebut merupakan hasil perjanjian 10 tahun antara syarikat penerbangan Asia Tenggara itu dengan Lapangan Terbang Melbourne Avalon dengan menyaksikan pelaburan kira-kira RM150 juta daripada kerajaan Australia dan Victoria bagi membangunkan infrastruktur di sekitar bandar Geelong.

Pengguna AirAsia yang terbang ke Melbourne Avalon akan mendapat manfaat daripada rangkaian ‘Kelebihan Avalon’ termasuk kadar parkir yang murah, akses yang selesa ke pusat bandaraya Melbourne melalui SkyBus dan infrastruktur lapangan terbang baharu.

Pelancaran penerbangan sulung AirAsia di Melbourne Avalon, syarikat ini menawarkan tambang promosi alu-aluan ke Avalon pada kadar tambang serendah RM499 untuk ahli BIG bermula 5 Disember hingga 9 Disember 2018 untuk penerbangan sehingga Mei 2019.

AirAsia menyasarkan peningkatan muatan dari 80 peratus yang mana sebelum ini penerbangan AirAsia di lapangan terbang Melbourne Tullmarine kepada 85 peratus setelah pemindahan penerbangan ke lapangan terbang baharu Melbourne Avalon.

Pada masa ini, AirAsia mengendalikan perkhidmatan antara Kuala Lumpur ke Perth, Sydney, Gold Coast dan juga terkini di Melbourne Avalon untuk penerbangan di Australia.

Layari ke laman sesawang AirAsia untuk info lanjut.

Sumber: Newsroom AirAsia