Travel bersama kanak-kanak memang agak melecehkan. Tidak mengetahui mood dan perangai mereka yang tidak terjangka, pujian memang patut diberikan kepada pasangan ibu bapa yang sabar menghadapi situasi ini.
Baru-baru ini, satu video yang memaparkan situasi seorang bapa mengheret anak perempuannya semasa Tahun Baru di kawasan lapangan terbang antarabangsa Washington Dulles menjadi tular.
https://www.facebook.com/viralhog/videos/221554138721034/
Situasi tersebut sempat dirakam seorang traveler menunjukkan paparan seorang lelaki tenang menarik topi hoodie pink anaknya. Kakak kanak-kanak terbabit yang mengikuti mereka dari belakang kelihatan membawa sebuah suitcase dan 2 backpack dipercayai milik adiknya.
Tidak menangis atau menjerit, kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan menikmati momen dirinya diheret telah menghiburkan hati warga netizen yang rata-ratanya memberikan pujian kepada lelaki tersebut yang tenang melayan kerenah anaknya.
Menjadi perdebatan sama ada perbuatan bapa kanak-kanak tersebut telah melebihi garisan responsible parenting atau harmless fun, tindakan lelaki tersebut memberikan inspirasi kepada pasangan ibu bapa di luar kerana kreativitinya menghiburkan anaknya di samping ‘mengejar’ waktu penerbangan dengan cara yang tidak membahayakan.
Sumber: 9GAG
Kenali top 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia dalam video bawah ni.
5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.