Ini Antara 5 Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

Makanan jalanan selalu menjadi pilihan kerana harganya yang mudah. Dengan visual yang berwarna-warni dan sedap, makanan jalanan memang terkenal sebagai menu bajet pelancong.

Menjadi makanan yang wajib dimakan setiap kali travel, kami senaraikan 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia kepada anda.

1. Jerk Chicken

Berasal dari Jamaica, Jerk Chicken dimasak dengan cara menggosokkan daging kering atau basah dengan campuran rempah pedas Jamaica yang dikenali sebagai jerk.

Makanan Jalanan
Sumber: Delish

Bahan utama yang digunakan untuk menu ini ialah Scotch Bonnet Papper dan Allspice Berries. Popular di kawasan Caribbean, Barat India, Amarika Utara dan Eropah Barat, Jerk Chicken ini memang sesuai untuk mereka yang makan pedas.

2. Egg Waffle

Berbentuk sfera, wafel telur ini diperbuat daripada bancuhan tepung bersama telur, susu, gula dan mentega. Asal usul makanan jalanan ini masih tidak dapat diketahui sejak muncul pada tahun 1950-an.

Makanan Jalanan
Sumber: Makanan Jalanan

Merupakan makanan jalanan paling popular, wafel telur pernah merangkul tempat pertama dalam 100 senarai makanan jalanan terkenal di Hong Kong. Satu keping wafel telur mengandungi sekitar 20 ke 35 bebola kecil yang bercantum antara satu sama lain.

3. Currywurst

Berasal dari Jerman, makanan ini dihasilkan daripada daging sosej (kebanyakannya babi) yang dipotong kepada beberapa kepingan dan diperap dengan sos kari pedas kemudiannya ditabur serbuk kari bagi visual hidangan.

Makanan Jalanan
Sumber: The Local

Currywurst sangat terkenal sehinggakan sebuah muzium dibina sebagai dedikasi kepada sosej kari yang diberi nama Deutsches Currywurst Museum. Melalui data dari muzium yang sudah ditutup pada Disember 2018 ini, pada setiap tahun sebanyak 800 juta Currywursts dimakan di Jerman dan 70 juta di Berlin.

4. Falafel

Dihidangkan dalam bentuk bebola, Falafel yang dimasak secara deep-fried diperbuat daripada kacang kuda atau fava beans yang dicampurkan bersama bancuhan tepung adunan herba, rempah dan bawang.

Makanan Jalanan
Sumber: The Local

Kebiasaannya dihidangkan bersama pita sebagai wrap, Falafel dimakan bersama sos Tahini merupakan makanan kegemaran orang Arab sehingga dijadikan menu Mc Donald Mesir sebagai hidangan sarapan pagi.

5. Bhelpuri

Makanan Jalanan
Sumber: Vege Cravings

Mempunyai rasa masam, Bhelpuri merupakan makanan di benya kecil India. Dihasilkan daripada puffed rice, sayur dan sos asam jawa, Bhel Puri boleh dimasak dengan pelbagai cara antaranya dicampur dengan sos chutney dan papdi mengikut cita rasa masing-masing.

Ada makanan jalanan yang anda rasa menarik? Boleh kongsikan bersama kami di Facebook MakanLena

Percaya tidak, ada orang sanggup berhabisan semata untuk makan sahaja? Jom kita layan paparan video tentang makanan termahal dalam dunia.

5 Makanan Termahal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.