Perbezaan Antara Ais Krim, Gelato Dan Sorbet

Jika dipandang sekilas, 3 pencuci mulut beku ini iaitu ais krim, gelato dan sorbet kelihatan hampir sama pada bentuk dan teksturnya. Tetapi apabila rasa ketiga-tiga pencuci mulut itu ternyata memang berbeza.

Pencuci mulut ini bukan sahaja berbeza pada nama, malah resepi yang digunakannya juga berlainan tetapi memberikan kelazatan yang sama.

Jadi apa yang membuatkan ais krim, gelato dan sorbet ini berbeza?

Ais Krim

beza ais krim, gelato, sorbet
Sumber: Chemistry World

Ais krim merupakan sejenis pencuci mulut beku yang diperbuat daripada hasil tenusu seperti krim, kemudian digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar.

Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Ais krim biasa tahan lebih lama daripada gelato.

Gelato

beza ais krim, gelato, sorbet
Sumber: Racq

Gelato bermaksud ‘ais krim’ dalam bahasa Itali. Tetapi bahannya bagi kedua-dua pencuci mulut ini tidak sama. Gelato diperbuat daripada susu (tetapi bukan sejenis krim), air, gula dan buah-buahan segar.

Bahannya diputar lambat berbanding ais krim menyebabkan susunya tidak mengembang menjadi krim. Perbezaan teknik penghasilannya itu membuatkan gelato berbeza dengan ais krim.

Gelato tidak tahan lama seperti ais krim, jadi pencuci mulut ini perlu disajikan setiap hari. Gelato biasanya mempunyai tekstur lebih padat dan halus berbanding ais krim.

Sorbet

beza ais krim, gelato, sorbet
Sumber: IGA

Manakala bahan sorbet pula hanya campuran air dan buah-buahan, tidak menggunakan susu. Sorbet dikenali dengan rasa buah yang dihasilkan lebih terasa di lidah berbanding gelato dan ais krim.

Dalam bahasa mudahnya, sorbet sama seperti gelato tetapi tanpa susu ataupun krim dengan lebih rasa daripada buah-buahan.

Jadi, pencuci mulut yang mana jadi pilihan anda?

Sumber: Eat Jogja

 

Rancang nak melawat Cordoba? Jom tonton

7 lokasi pelancongan menarik di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.