Percayakan Waze, Bidan Ini Sesat Sehingga Terperangkap Ke Ladang Kelapa Sawit

Dahulu jika sesat dalam perjalanan, kita pasti akan berhenti dan bertanya kepada orang sekitar atau bergantung mengikut papan tanda. Namun, situasi ini semakin lama semakin berkurangan dengan adanya aplikasi navigasi yang membantu kita menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Sesat guna Waze
Sumber: Fiksyen Shasha

Walau bagaimanapun, tidak semestinya sesuatu teknologi yang kita guna itu 100% sempurna. Ada kalanya, boleh mendatangkan nasib malang seperti yang telah berlaku kepada seorang bidan ini.

Dia berdepan detik cemas selama dua jam apabila sesat di dalam ladang kelapa sawit di Bandar Saujana Putra kerana terlalu mengikut aplikasi navigazi popular ini, Waze. Lebih menyedihkan apabila kereta jenis Nissan Almera yang dipandu mangsa tersangkut dalam lumpur di ladang tersebut dalam kejadian jam 8 pagi.

Pasukan bomba menerima panggilan daripada mangsa tiba di lokasi mendapati kereta mangsa terperangkap di dalam lumpur. Katanya, mangsa bergerak dari Ulu Yam ke rumah pelanggannya di salah satu kawasan di Bandar Saujan Putra sebelum tersesat ke dalam ladang kelapa sawit dan tersangkut di situ.

Apa yang boleh disimpulkan, kalau sudah rasa pelik dengan arah jalan yang diberikan daripada aplikasi navigasi, jangan teruskan dan ubah ke laluan lain untuk elak perkara yang tidak diingini seperti insiden yang berlaku ke atas bidan ini.

Sumber: Sinar Harian

 

Ada merancang hendak ke Cordoba? Jom tonton

7 lokasi pelancongan menarik di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.