Seronok tengok orang lain travel, ambil gambar berlatar belakangkan pemandangan yang lawa-lawa. Tipulah kalau kata tak teringin nak travel macam itu juga kan? Tapi disebabkan tiada bajet hasrat itu selalu tertangguh.
Oleh itu, kami senaraikan 7 cara untuk anda travel dengan senang hati tanpa memerlukan bajet yang besar. Seronok bukan?
1. Tempah tiket penerbangan semasa promosi harga
Kebiasaannya, banyak bajet dihabiskan pada pembelian tiket penerbangan. Oleh itu, apa kata kalau selepas ini anda beli tiket penerbangan semasa promosi sahaja. Rancang dahulu destinasi anda kemudian apabila sudah ada tawaran tiket, pilih tarikh yang paling murah harganya.

2. Sewa hostel
Harga sewa untuk hostel jauh lebih murah jika dibandingkan dengan hotel. Untuk mereka yang mahu jimatkan perbelanjaan pada penginapan, bolehlah cuba untuk mencari kawasan hostel.
Tapi kena ingat, penginapan hostel ni kebanyakannya macam dorm tau. Kalau rasa tak selesa nak berkongsi, bolehlah muat turun aplikasi Trivago, Oyo atau Booking.com.
3. Lawat Pasar Tempatan
Jika anda ada bajet yang tertentu untuk makan, apa kata anda cuba lawat pasar tempatan. Di sana anda boleh beli pelbagai makanan tempatan dengan harga yang murah. Untung-untung boleh kenyang sebab merasa sampel makanan.
4. Buat senarai bajet
Dengan bajet yang ‘ketat’, anda perlu sediakan senarai perbelanjaan travel anda dengan teliti. Perkara ini penting supaya anda boleh rancang untuk memaksimumkan rancangan kembara dalam tempoh yang dipilih. Yang paling penting, jangan rancang perjalanan travel budget anda dengan berhutang.
5. Sukarelawan
Sebenarnya banyak aktiviti kesukarelawanan yang boleh anda lakukan walaupun sedang bercuti. Sambil membantu masyarakat, anda boleh menikmati memori percutian tanpa perlu mengeluarkan bayaran; makan, minum dan tempat tinggal disediakan.
6. Beli insuran perjalanan
Mungkin nampak seperti perkara mudah, tetapi dengan pilihan bijak ini anda boleh menjimatkan kos sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin jika dengan insuran perjalanan ini, anda boleh berjimat daripada membayar harga kesilapan yang kadangkala berganda-ganda mahalnya untuk pelancong.
7. Lawat tempat yang kurang dikenali
Bagi destinasi bajet, lebih baik jika anda mulakan dengan tempat yang kurang dikenali. Ini kerana, kos sara hidup di tempat yang terkenal jika dibandingkan dengan yang kurang terkenal adalah berbeza. Pengalaman ke tempat yang kurang dikenali mungkin menjadi memori yang unik kerana tidak ramai lagi yang telah menerokai kecantikan kawasan tersebut.
Tak perlu lagi tunggu sehingga ada bajet baru nak travel. Guna sahaja tip di atas, anda sudah boleh travel dengan bajet yang biasa-biasa sahaja.
Selamat mencuba!
Sumber: Espresso
Kami tolong senaraikan 5 kawasan alam semula jadi yang unik di Malaysia untuk anda semua. Tak perlu bajet yang banyak. Bawa ayam untuk BBQ pun dah cukup.
5 Tempat Alam Semula Jadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.