Para pelancong yang meninggalkan Jepun akan menjadi sedikit mahal bermula pada 7 Januari 2019. Cukai yang diperkenalkan ini dikenali sebagai Cukai Pelancongan Antarabangsa atau Cukai ‘Sayonara’ dikenakan sebanyak 1,000 yen (RM38) sebagai usaha kerajaan Jepun untuk meningkatkan dana bagi merancakkan lagi sektor pelancongan.
Cukai Pelancongan Antarabangsa ini termasuk dalam caj tiket penerbangan meliputi semua pelancong yang berusia dua tahun dan ke atas tanpa mengira kewarganegaraan.

Kerajaan Jepun mahu menggunakan anggaran 50 bilion yen (RM 1.89 bilion) dijana dalam tambahan hasil cukai bagi memperbaiki infrastruktur pelancongan seperti menjadikan proses imigresen lapangan terbang lebih pantas serta menggalakkan pelancong meneroka kawasan tradisional selain destinasi popular seperti Tokyo dan Kyoto.
Peraturan baharu ini telah disahkan oleh kerajaan Jepun pada April 2018 atas peningkatan jumlah pelawat ke negara tersebut menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020. Menurut Forbes, industri pelancongan Jepun meningkat 33 peratus setahun sepanjang tahun 2011 hingga 2015 yang mana ia merupakan salah satu kadar tertinggi di dunia.
Lebih 30 juta rakyat asing dianggarkan mengunjungi Jepun pada 2018, rekod baharu berikutan aliran tetap pelancong dari Asia khususnya China, Korea Selatan dan Taiwan.
Negara-negara seperti Australia, China, Costa Rica, Lebanon, Mexico dan Sweden juga mengenakan cukai berlepas yang mana cukai tersebut termasuk dalam tambang penerbangan. Malaysia juga bakal mengenakan cukai sedemikian bermula Jun 2019.
Sumber: Traveller
Aktiviti mendaki gunung paling menyesakkan nafas, tonton
Kalavantin Durg – berbahaya & mendebarkan
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.