Kantin Sekolah Ala Hotel Tawar Harga Makanan Serendah RM1 Hingga RM3

Kantin sekolah SK Pauh Jaya, Pulau Pinang menjadi tular di laman media sosial gara-gara menyediakan konsep ala hotel pada harga yang berpatutan dengan menyediakan 15 jenis makanan berkualiti dan sihat untuk kesemua warga sekolah.

Konsep yang mula dirancang sejak 2018 akhirnya dapat direalisasikan pada tahun 2019 memberikan galakan kepada guru dan murid sekolah untuk ‘turun’ makan di kantin.

Kantin Hotel

Walaupun kos yang digunakan bagi merealisasikan impian konsep ini agak tinggi, pengusaha kantin memberitahu bahawa keuntungan merupakan soal kedua yang beliau fikirkan, yang penting dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Kantin ala hotel ini direka dengan mewujudkan suasana hotel bertaraf 5 bintang sempena Pertandingan Amalan Pengurusan Kantin Terbaik peringkat kebangsaan Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kantin Hotel

Mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai penyediaan makanan kantin secara sambil lewa dan tidak menarik menjadi punca warga sekolah lebih memilih untuk makan di luar.

Antara menu yang menarik ialah chicken chop, spageti yang berharga sekitar RM1 hingga RM3 sahaja. Mempersiapkan kawasan kantin dengan dekorasi yang menarik sehingga menarik perhatian warga sekolah, kantin SK Pauh Jaya ini telah berjaya mencapai misi dan objektif konsepnya.

Diharapkan semua pengusaha kantin dapatlah menjadikan kantin sekolah ini sebagai contoh; mementingkan kebersihan dan kualiti makanan berbanding keuntungan semata.

https://www.facebook.com/penangkini/posts/2314114515492687?__xts__%5B0%5D=68.ARAA4kOL8Moob2LIxnJpqT0x9WdMR5By9RXGq4NNq4ApCTrN329pP0KvVL_z9QiLTmMNLHmFqP0fWW7h_M6rumfUKqHAES3tl33Clq_VF0BmQ3-5f2gma6uR6Qs-GcgBEdLOeqf5o64gy2MdGYA4uSd-kvd5RcH1J-I6cFueKajvo0qhuTS4RXhw5SNO6ciQvjK0xoNKGeWh8q90qjVJi1GPpdErxNps5MBr0OqvFItulcqqI9jv33zgmMxh7U7kXo5BmeDpJnyZZpa_U7N0fzYVolqzU-DvEDH41otEhPumnH4-31bA21LT3EtThJGAPQ67AVmKX86PcIbv0Mg4cIdn3jRx&__tn__=-R

Syabas, warga SK Pauh Jaya!

Sumber: Harian Metro

Jom tengok chef terkenal dari Turki ini sediakan menu ‘gila’ berasaskan makanan laut.

5 Masakan Unik Makanan Laut Chief Faruk Gezen

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.