Libya Dan Yaman, Termasuk Dalam Senarai Negara Berisiko ‘Ekstrem’ Tidak Selamat Dilawati

Travel menjadi salah satu aktiviti yang makin terkenal pada masa kini. Melihat negara lain, mempelajari adat dan budaya selain daripada merehatkan diri adalah menjadi alasan utama mengapa anda perlu travel.

Namun, perlu sentiasa ingat sebelum merancang perjalanan, anda kena pastikan bahawa negara yang akan anda lawati tersebut selamat dari sebarang bentuk bahaya.

Antaranya termasuklah bencana alam, keganasan politik, pergolakan sosial, infrastruktur pengangkutan, tahap efektif perkhidmatan semasa kecemasan dan keselamatan dan hubungan dalam industri.

2019 Travel Risk Map telah mengeluarkan senarai negara berisiko untuk dilawati buat masa sekarang dengan menggunakan skala ‘tidak selamat’ kepada ‘ekstrem’ berdasarkan kepada aspek bencana di atas.

Negara selamat dilawati:

1. Norway,
2. Iceland,
3. Finland,
4. Greenland, dan
5. Luxembourg

Negara Risiko
Sumber: Guide to Greenland

Negara rendah tahap risiko:

1. China,
2. Jepun,
3. Korea Selatan,
4. Oman,
5. Iran,
6. Uzbekistan,
7. Botswana,
8. Amerika Utara; Ecuador dan Paraguay.

Negara tinggi tahap risiko:

1. Mexico,
2. India,
3. Timur Tengah; Venezuela dan Afrika Tengah.

Negara Risiko
Sumber: Sahabatnesia

Negara berisiko ‘ektrem’:

1. Sebahagian dari Ukraine dan Mesir,
2. Somalia,
3. Gaza,
4. Utara Sudan,
5. Republik Afrika Tengah,
6. Mali,
7. Libya,
8. Afghanistan,
9. Yaman,
10. Iraq,
11. Syria, dan
12. Afrika Timur.

Buat siapa yang nak plan travel untuk tahun ini, boleh lihat dulu senarai di atas. Bukan apa, supaya anda lebih bersedia. Jangan lupa survey dulu keadaan di sana semasa tempoh yang anda sudah tetapkan ingin bercuti ya.

Sumber: Evening Standard

Jom tengok ada tak senarai negara di atas yang sudah Neelofa lawat sepanjang tahun 2018.

Destinasi Dunia Dikunjungi Neelofa Sepanjang 2018

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.