Seorang peniaga ais krim didenda sebanyak €2,000 (RM9,439) setelah didapati bersalah kerana menjual satu kon ais krim pada harga €25 (RM117) kepada seorang pelancong warga Taiwan.
Menerusi kejadian yang berlaku di Florence, Itali, pelancong Taiwan itu mengadu perihal harga ais krim yang tidak masuk akal terhadap peniaga terbabit. Namun dia menjelaskan harga yang dikenakan bertepatan dengan keenakan ais krim yang ditawarkannya.
Ia bukanlah satu tindakan yang bijak kerana pelancong terbabit membuat keputusan menghubungi pihak polis dengan bantuan pemandu pelancong. Hasil siasatan polis mendapati peniaga itu telah menyembunyikan harga sebenar di sebalik kaunter kedainya.

Salah seorang pegawai polis berkata, tabiat peniaga menyembunyikan harga sangat biasa pada masa kini dan memberi imej buruk terhadap pelancongan Itali memandangkan yang menjadi mangsa utama atas tindakan tidak bermoral itu adalah dalam kalangan pelancong. Di Itali, sudah ramai yang menjadi mangsa khususnya golongan pelancong asing di kawasan tumpuan pelancongan.
Berdasarkan rekod, 14 juta pelancong berkunjung ke Florence pada tahun lalu. Lambakan pelancong ke kawasan pelancongan itu menyebabkan segelintir peniaga mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan mudah dengan menipu mereka.
Sumber: Mstar
Daripada jalan-jalan bercuti di Florence, apa kata tonton
7 lokasi pelancongan menarik di Cordoba
dan janga lupa subscribe Youtube MakanLena.