Petua Supaya Ikan Tidak Melekat Di Kuali Ketika Digoreng

Sedap betul dapat makan ikan goreng dengan nasi panas. Tapi leceh pula nak menggoreng ikan yang melekat di kuali. Habis hancur isi ikan apabila diterbalikkan. Salah ikan atau kuali?

Ada petua yang dapat membantu dan di praktikkan ketika menggoreng ikan supaya tidak melekat di kuali. Jom cuba 5 petua yang kami kongsikan ini.

manfaat-garam-1024×683
Sumber: Berita PAS

Petua 1

Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak dah betul-betul panas, taburkan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian baru goreng ikan.

Asam_gelugur__asam_glugur__asam_keping_toko_Onj_Store
Sumber: Bukalapak

Petua 2

Panaskan minyak dan masukkan beberapa asam keping. Ikan yang digoreng bukan sahaja tidak melekat malah menjadi lebih garing dan sedap.

052910200_1483453167-Bawang-Putih-Sahabat-Baik-untuk-Jantung-Anda
Sumber: Klik dokter

Petua 3

Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan 2-3 ulas bawang putih. Kemudian, barulah masukkan ikan yang ingin digoreng.

112049_thinkstockphotos135028913
Sumber: positivbyte

Petua 4

Bagi kuali yang baru dibeli, gunakan hampas kelapa dan gorengkan pada kuali baru tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan. Setelah itu, basuh kuali hingga bersih dan baru boleh gunakan untuk menggoreng ikan.

Halia
Sumber: Alami segar

Petua 5

Hiriskan halia dan gorengkan dalam kuali yang berisi minyak untuk menggoreng ikan. Insya Allah ikan yang digoreng tidak akan melekat.

Sekiranya anda mempunyai petua lain supaya ikan tidak melekat di kuali ketika digoreng, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’