Bora Bora Destinasi Millennial Paling ‘Trending’ Tahun 2019

Pulau Bora Bora terkenal dengan penginapan resort mewah yang dikelilingi kawasan laut jernih berwarna biru. Menjadi tumpuan pelancong di serata dunia, Bora Bora telah tersenarai sebagai destinasi millennial yang paling trending tahun 2019.

Pengiktirafan ini dibuat setelah melihat berlakunya peningkatan Bora Bora pada carian tiket kapal terbang dan tempahan hotel bagi tahun 2019 iaitu sebanyak 24% disusuli oleh St. Martin dan Aspen Colorado.

Dengan penggunaan tanda pagar #borabora, lambakan gambar di media sosial yang memperlihatkan situasi percutian terutamanya daripada selebriti media sosial, Bora Bora menjadi kawasan pencarian yang paling tinggi di aplikasi tempahan tiket penerbangan dan penginapan, iaitu Hopper.

Bora Bora

Pengguna yang melakukan pencarian menerusi aplikasi Hopper akan disarankan untuk menempah penerbangan pada bulan Januari kerana kebanyakan penerbangan pergi balik penerbangan domestik dijual dengan harga yang termurah sebelum kembali meningkat pada bulan Februari.

Berdasarkan data Hopper, penerbangan destinasi domestik Amerika Syarikat seperti San Antonio, Miami dan Tampa turut menurunkan harga mereka pada bulan Januari.

Destinasi antarabangsa yang terlibat termasuklah Providenciales di Turks dan Caicos, Oranjestad serta bandar Aruba dan Delhi di India.

Berikut merupakan senarai destinasi millennial yang paling trending mengikut data dari aplikasi Hopper:

1. Bora Bora
2. St. Martin
3. Aspen Colorado
4. Denpasar, Indonesia
5. Kahului, Hawaii
6. Dublin, Ireland
7. St. Lucia
8. Tokyo, Japan
9. Palm Springs, California
10. Anchorage, Alaska

Ada yang nak bercuti ke Bora Bora ke tahun ini? Bolehlah muat turun aplikasi Hopper untuk dapatkan maklumat dan tip penting bercuti tidak kisah di mana sahaja destinasi anda.

Sumber: Sunday Times

Kalau ada planning ke India, bolehlah ke Kalavantin Durg sekali. Katanya kawasan tersebut berbahaya dan mendebarkan.

Kalavantin Durg – Berbahaya & Mendebarkan

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.