Waroeng Isabella yang diusahakan Nabila Huda dan suaminya berkonsepkan masakan asli Lombok dan Bali mendapat sambutan baik daripada orang ramai untuk mencuba merasai keenakan menu masakan ala Indonesia. Menu terkenal yang disajikan iaitu Ayam Bakar Taliwang dan Ikan Gurami Terbang disalut dengan sambal hijau pasti menggiurkan bagi penggemar makanan pedas.

Walau bagaimanapun, dalam perniagaan pastilah ada jatuh bangunnya. Baru-baru ini seorang pelanggan mengkritik makanan yang disajikan, dikatakan indah khabar daripada rupa dan mengambil tempoh masa lama iaitu selama 2 jam untuk menyediakan menu ikan gurami.
https://twitter.com/cikedik/status/1084061375582760961
Pelanggan tersebut memuat naik status di laman sosial Twitter mengkritik menu tersebut dan tular hingga ke pemilik gerai makanan selebriti ini. Apa yang menjadi perhatian netizen apabila gaya penjelasan Nabila Huda yang agak kurang memuaskan.
Cuba bagitau expectation you macamana?apa Yang you bayangkan ?ikan gurami tu terbang terus atas meja you bila you Dh bayar is it?you harap ada orang Suap kan ikan tu?why it’s 2 hours?let me explain…
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Kalau fancy restaurant boleh la marah,dah duduk,bayar mahal,selamat Nak kena tunggu.order tak sampai.dh nama warung. Kalau tak Puas Hati,pergj je lah sana Cakap.takde orang Nak marah sis. Jujur je senang.kite punya warung konsep Rock. Semua Yang kt sana heartless Dan penyabar.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Ikan punya besar ,bayar rm15 pun complain. Siap ada nasi tau. Kitaorg punya extra rice pun bagi free la. pergi la kedai mana pun, nasi tambah Mesti kena bayar.. Apa lagi Yang tak cukup Eh? Sorry for bad experience.. maybe it just not your luck..semua datang makan,Cakap Sedap.
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Walaupun sudah diberi penjelasan, ada beberapa pihak tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Nabila. Netizen menegur sepatutnya dia harus bersikap lebih terbuka menerima kritikan untuk menambah baik menu dan servis di kedai makannya supaya lebih menepati citarasa pelanggan.
Cuba bila orang komplen atau tegur tu, first sekali kau minta maaf dulu. Orang pergi kedai kau pon kira orang kasi kau duit kasi bisnes. Kalau pon dia ada niat tak baik dari awal, minta maaf juga supaya orang lain happy dan datang support lagi.
Minta maaf dan improve servis. https://t.co/iO10hH3nP3
— HermyR (@HermyRahim) January 13, 2019
https://twitter.com/cikedik/status/1084479526896205824
Namun, tidaklah Nabila Huda langsung tidak membuat permohonan maaf atas isu tersebut. Dia kemudiannya membalas status meminta maaf dan akan memperbaiki lagi servis di kedai makannya.
Today I ada retweet 3 org complain benda Yang sama,mungkin I thought it was you jugak Sbb banyak reply I dapat.kalau maaf tu bukan untuk awak,Saya mintak maaf la okay?boleh maafkan ke tak?saya mintak maaf dengan kelemahan service tak seperti Yang awak expect.saya akn perbaiki..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2019
Apapun, setiap apa yang kita lakukan tidak semestinya mudah untuk memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan. Rata-rata pelanggan yang datang ke Waroeng Isabella memuji keenakan masakan ala Indonesia itu cumanya servis sedikit kurang memuaskan.
Bagi anda yang ingin mencuba masakan asli dari Lombok dan Bali di Waroeng Isabella, bolehlah ke alamat seperti yang tertera di bawah:
Alamat: Rasta TTDI, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.30 pm – 10.00 pm (sehingga stok habis), tutup pada hari Isnin
Nak tahu apa makanan yang digemari rakyat Malaysia? Tonton
9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.