7 Menu Malas Tetapi Sedap Untuk Anda Cuba

Istilah malas memasak di sini bukanlah bermaksud individu itu tidak mahu memasak langsung tetapi mahu menyediakan menu yang ringkas dan bahannya yang mudah didapati. Bagi mereka yang bekerja, pastilah penat untuk memasak kan? Kesudahannya, lebih banyak luangkan masa makan di kedai.

Ada kalanya, apabila timbul perasaan malas memasak, malas pula keluar makan tetapi perut berkeroncong minta makanan. Takkan asyik makan maggi pula kan? Kadang mahu juga makan makanan sedap.

masakan malas
Sumber: Martha

Di sini ada beberapa menu paling ringkas khas untuk anda yang malas, untuk mencubanya.

1. Char kuetiau

masakan malas
Sumber: Dollarsandsense

Makanan bergoreng ialah penyelamat waktu malas anda. Campak-campak semua siap!

Senarai bahan: kuetiau, taugeh, kerang/udang, bebola ikan, telur, cili boh, kicap, sos tiram.

2. Cucur

masakan malas
Sumber: Simple Suri

Tidak kisahlah apa jenis cucur yang anda mahu buat, bahan asasnya sama sahaja cuma tambah pilihan bahan anda sendiri contohnya, jika anda mahu buat cucur bilis, tambah ikan bilis dan jika mahu buat cucur manis, hanya tambah gula sahaja.

Senarai bahan: Untuk cucur bilis; ikan bilis, bawang besar, telur, tepung gandum, lada sulah, daun bawang, secukup rasa.

3. Nasi goreng

masakan malas
Sumber: Youtube

Balik kerja, hadap trafik pula berjam-jam dalam kereta. Jadi pilihannya nasi goreng memang membantu membangkitkan selera anda.

Senarai bahan: Nasi, hirisan daging/ayam, kicap, telur, bawang, cili kisar. Nak lagi sedap tambah petai.

4. Mi goreng Mamak

masakan malas
Sumber: Butter kicap

Makan mi goreng menjamin perut kenyang hingga bawa ke tidur.

Senarai bahan: mi, hirisan daging/ayam, telur, sawi, tauhu goreng, cili, kicap, bawang, cili kisar.

5. Telur kukus Cina

masakan malas
Sumber: Huang Kitchen

Paling ringkas, mudah dan berkhasiat kerana tidak menggunakan minyak. Makan bersama nasi putih menjadikan hidangan lengkap cukup mengenyangkan.

Senarai bahan: telur, daun bawang, cili merah, lada hitam, kicap.

6. Kari ayam

masakan malas
Sumber: Vemale

Kari ayam merupakan pilihan terbaik kerana anda perlu masak sekali dan nikmatinya berkali-kali.

Senarai bahan: ayam, yogurt/santan, bawang, cili hijau, tomato, kentang, daun kari, rempah ratus, serbuk kari.

7. Spaghetti carbonara

masakan malas
Sumber: Food & Wine Magazine

Kalau tidak mahu makan nasi, boleh masak masakan barat yang mudah dan cukup membuatkan anda berasa kenyang.

Senarai bahan: spageti, susu, bawang, cendawan butang, lada hitam.

Menu ini memang ringkas dan cepat untuk disediakan khususnya ketika musim malas melanda tetapi dijamin, setiap sajian malas anda sediakan pasti habis licin!

Tips: Pada hujung minggu, anda sediakan bawang merah kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan cili kisar untuk memudahkan lagi dan menjimatkan masa anda untuk memasak. Jadi tidak perlu setiap kali hendak memasak, kupas bawang atau kisar cili terlebih dahulu.

Sumber: Butter Kicap

Layan kegilaan chef dari Turki ini, tonton

5 masakan unik makanan laut chef Faruk Gezen

dan jangan lupa subscribe Youtube Makanlena.