Setelah 30 tahun menjalankan operasi, UiTM Holdings akhirnya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan anak syarikatnya, Intekma yang bertanggungjawab dalam mengurus Resort dan Pusat Konvensyen Intekma di Seksyen 7, Shah Alam.
Bangunan setinggi 5 tingkat tersebut akan digunakan sebagai tempat penginapan pelajar UiTM Private Education Sdn Bhd selama 3 tahun bermula Mac 2019. Sering digunakan sebagai lokasi majlis perkahwinan Melayu, keputusan penutupan hotel ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Penutupan ini tidak akan menjejaskan latihan amali pelajar jurusan perhotelan dan hospitaliti UiTM kerana ianya tidak berfungsi sebagai pusat latihan.
Surat yang memaklumkan skim penamatan pekerjaan (SSS) kepada kakitangan UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd (UHMSSB) telah diedarkan 10 Januari 2019 berikutan keputusan tersebut.
Kebanyakan pekerja yang diberhentikan adalah untuk jawatan yang tidak diperlukan. Hanya beberapa kakitangan dikekalkan bagi mengisi jawatan kritikal selain daripada dipindahkan atau ditugaskan semula bagi mengisi kekosongan di cawangan lain.
Keputusan dibuat adalah berpunca daripada masalah kewangan dan pengurusan yang dihadapi oleh Intekma sejak tahun 2015. Hal ini disebabkan oleh persaingan sengit yang dihadapi dalam industri perhotelan dan hospitaliti terutamanya di Shah Alam.
Sumber: Free Malaysia Today
Tahu tak berapa banyak lokasi yang dikunjungi Neelofa sepanjang tahun 2018? Haaa, jom tengok paparan video di bawah.
Destinasi Dunia Dikunjungi Neelofa Sepanjang 2018
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.