Pengkaji Temui Cara Hasilkan Rasa Pedas Cili Daripada Tomato

Kajian baru dari luar negara mendapati bahawa genetik tomato boleh diubahsuai untuk menghasilkan variasi rasa pedas seperti cili. Pengubahsuaian genetik tersebut dikatakan akan menghasilkan capsaicinoid yang memberikan rasa pedas pada cili.

Proses yang mengikut teori sains itu lebih mudah dan murah dengan tujuan bukan untuk menjadikan rasa tomato lebih pedas tetapi menghasilkan capsaicinoid yang lebih banyak.

Capsaicinoid dikatakan mempunyai kandungan nutrisi dan antibiotik seperti dalam kandungan hampir kesemua ubat tahan sakit sehinggalah kepada penyembur lada yang digunakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Tomato Pedas
Sumber: Shutterstock

Disebabkan tiada data yang kukuh bagaimana corak ekspresi capsaicinoid boleh berubah, para pengkaji perlu menggunakan beberapa pendekatan alternatif untuk menjayakan penemuan ini.

Rasa pedas capsaicinoid pada cili berfungsi sebagai mekanisme mempertahankan diri dari dimakan oleh sesetengah haiwan; memperdayakan otak untuk berfikir bahawa lidah sedang ‘terbakar; dengan mengaktifkan sel saraf tertentu.

Cuba bayangkan jika tomato yang selalu anda makan atau dijadikan sebagai mask muka bertukar rasa daripada manis dan masam menjadi pedas seperti cili.

Reaksi anda bagaimana?

Sumber: Independent

Anda penggemar itik? Jom cuba itik salai di Medan Selera Adikku yang dengar katanya sedap.

Itik Salai Masthar

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.