Pembukaan tahun 2019, Starbucks memberi kejutan dengan memilih Bali untuk membuka cawangan baharu sekali gus menjadikannya cafe Starbucks terbesar dan unik di Asia Tenggara. Ia merupakan salah satu cawangan Reserve iaitu cawangan yang lebih besar dan lebih tinggi peringkatnya daripada cawangan biasa.
Setakat ini, terdapat 185 cawangan Reserve di dunia. Di Malaysia, cuma ada empat sahaja Starbucks Reserve setakat tahun 2018 iaitu:
- The Gardens
- Sky Avenue, Genting Highland
- Sunway Pyramid – Oasis Boulevard
- Four Seasons Palace, KL
Dinamakan Starbucks Dewata Coffee Sanctuary, cafe ini berkonsepkan kawasan tanaman dan berkeluasan 20,000 kaki persegi. Paling menarik, cafe ini menawarkan pengunjung mempelajari proses pembuatan kopi dari awal iaitu daripada pemilihan biji kopi, memanggang dan cara penyediaannya sehingga menjadi minuman.


Bukan itu sahaja, cafe minumam kopi popular ini juga dilengkapi dengan pelbagai dekorasi daripada bunga-bunga dan tanaman kopi Starbucks serta interior bercirikan budaya Bali yang membuatkan anda berasa tenang. Memang sangat berbeza daripada cawangan-cawangan lain!


Siapa ke Bali jangan lupa singgah dan ambil gambar kenang-kenangan di sini sambil berharap ada jugalah sebuah cafe Starbucks berkonsep seperti ini di Malaysia.
Sumber: Starbucks Newsroom
Tidak semua makanan boleh dipanaskan semula, tonton
6 masakan menjadi racun apabila dipanaskan semula
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.