Elak Ke Bangkok: Pencemaran Udara Pada Paras Bahaya

Bagi sesiapa yang merancang melancong ke Bangkok dalam masa terdekat, moleklah menunda perancangan itu kerana sejak beberapa hari lalu Bangkok diselubungi kabus yang dikhuatiri akan mengancam kesihatan orang ramai.

Menurut Prof Madya Ekonomi di Universiti Kasetsart, pencemaran itu berada di tahap berbahaya untuk tiga hari berturut-turut dan situasi itu dijangka terus kritikal sehingga bulan depan disebabkan pola cuaca.

pencemaran udara Bangkok
Sumber: Techsauce

Laman pemerhati pencemaran udara berpusat di China meramalkan Bangkok akan menghadapi kualiti udara berbahaya setiap pagi untuk sepanjang minggu ini kerana cuaca agak berangin. Difahamkan, ia bukan kabus musim sejuk biasa sebaliknya mengandungi awan debu zarah halus dan bahan pencemar udara lain.

Dalam usaha menangani masalah pencemaran, Thailand dijangka melakukan operasi pembenihan awan untuk membantu proses kondensasi awan yang akan menghasilkan hujan.

pencemaran udara Bangkok
Sumber: The Thaiger

Sumber: Sinar Harian

 

Unik cara masakan chef dari Turki ini, tonton

5 masakan unik makanan laut chef Faruk Gezen

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.