Antara 7 Jenis ‘Traveler’, Anda Yang Mana?

Setiap orang akan travel demi memenuhi keinginan masing-masing. Walaupun destinasi yang dituju adalah sama, namun cara pendekatan individu berbeza menyebabkan setiap kembara yang mereka hadapi istimewa dalam cara yang tersendiri.

Anda tahu anda traveler jenis apa? Jom baca info yang kami kumpul mengenai 7 jenis traveler di bahagian bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

1. The Photographers

Pengembara The Photographers ini kebiasaannya memiliki kamera atau peranti canggih yang boleh digunakan sebagai alat merakam pemandangan dan situasi menarik bagi mereka. Gambar-gambar yang dirakam memang Insta-worthy.

Jenis Traveler

2. The Conformist

Digelar sebagai seorang yang membosankan, The Conformist merupakan seorang yang mengembara bukan untuk kepuasan dirinya sendiri. Tetapi sebagai satu langkah untuk diterima masyarakat; destinasi yang dipilih terhad dan tidak imaginatif. Kunci utama traveler jenis ini ialah sentiasa risau memikirkan pandangan masyarakat kepada dirinya.

3. The Good Planner

Merupakan seorang yang sangat detail, traveler jenis ini memang akan merancang semua perkara dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tempoh waktu tersebut. Bermula dari OOTD (Outfit of The Day) sehinggalah kepada bajet perbelanjaan yang akan digunakan, semuanya dirancang dengan rapi agar percutiannya berjalan tanpa sebarang masalah.

Jenis Traveler

4. The Collector

Anda termasuk dalam traveler jenis The Collector jika anda gemar mengumpul barang-barang dari negara yang anda lawati. Tidak kiralah barangan bersejarah atau antik, pengembara jenis ini mengumpul barangan supaya dapat dijadikan kenangan yang boleh diceritakan berserta bukti kepada orang lain.

5. The Fashionista Traveler

Lihat sahaja title yang diberikan, traveler jenis fashionista ini memang akan bercuti dengan bagasi yang besar. Kesemuanya sudah dimatch mengikut lokasi yang akan dikunjungi bermula dari aksesori sehinggalah ke kasut pun akan dibawa demi kegilaan mereka dalam berfesyen.

Jenis Traveler

6. The Soul Searchers

Travel merupakan salah satu cara untuk traveler The Soul Searchers ini dengan menjadikan pencarian ketenangan diri sebagai objektif utama kembara mereka. Selalu travel secara solo, The Soul Searcher ini akan mengunjungi tempat-tempat yang tenang seperti kawasan pergunungan dan semula jadi untuk sesi ‘pengisian makanan’ kepada jiwa dan roh mereka.

7. The Party Goer

Traveler jenis ini mengembara hanya sekadar mahu menghadiri pesta dan parti yang terdapat di destinasinya. Mendapat keseronokan daripada kunjungan ke bar dan kelab malam, traveler jenis ini memang seorang yang sukakan kebebasan.

Jenis Traveler

Sudah temui anda jenis traveler yang bagaimana? Atau anda bukan dalam senarai di atas? Tidak kisahlah anda traveler jenis yang mana pun, yang paling penting anda berani untuk keluar daripada zon ‘selesa’ bagi melihat keadaan dunia luar.

Tahniah traveler semua!

Sumber: Treebo

Dah pernah ke Cordova? Kalau belum, kami senaraikan tempat menarik di Cordova yang boleh anda kunjungi.

7 Lokasi Pelancongan Menarik Di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.