Umum mengetahui Jepun terkenal dengan pelbagai jenis produk mesin layan diri unik dan berinovasi seperti minuman, makanan, permainan, buku dan banyak lagi yang tidak ada seperti di Malaysia.
Seorang pengurus kedai di Selatan Jepun memasang mesin layan diri menjual serangga sebagai makanan ringan telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga Jepun di sana.

Cengkerik, tarantula, pupa dan kumbang badak yang ditawar dalam mesin layan diri itu dijual separuh masak dan dibungkus dalam paket. Juga ada beberapa serangga yang dicampurkan dengan coklat untuk rasa lebih manis dan beberapa serangga yang telah diasinkan.
Pemilik mesin layan diri itu pada mulanya mencuba diri untuk menjual serangga kerana ingin tahu tentang serangga yang boleh dimakan. Hasil cubaannya itu, mendapat sambutan apabila mendapati ianya habis dijual lebih daripada 500 paket serangga pada bulan pertama penjualannya.
Katanya, rasa cengkerik yang dijual sama seperti kerang dan cara terbaik untuk menikmati hidangan ini ditambahkan dengan sedikit mayonis atau lada merah. Mesti unik kan rasanya?
Hidangan serangga sebenarnya telah bermula berabad lama yang mana hidangan labah-labah gergasi dianggap sebagai makanan istimewa di Amerika Selatan dan pepijat air terkenal di Thailand. Kini, beberapa negara telah mula memperkenalkan hidangan serangga termasuk negara barat kepada rakyatnya sebagai jawapan membantu kekurangan bekalan makanan protein pada masa akan datang.
Ada berani mencubanya?
Sumber: South China Morning Post
Sementara mereka suka makan serangga, kita teruskan makan ayam selagi belum dikomersialkan makan serangga di Malaysia, tonton
5 masakan Eina Azman berasaskan ayam
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/362144067701546/