Kuala Tatau merupakan salah satu lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi jika anda merupakan pencinta alam semulajadi. Memiliki beberapa pantai yang terkenal, di kawasan Kuala Tatau anda juga melakukan aktiviti lasak seperti rock climbing dan mendaki gunung.
Namun baru-baru ini, pengunjung di Pantai Kuala Tatau, Bintulu gempar dengan penemuan tengkorak manusia pada petang 15 Januari lalu. Ditemui oleh ketua kampung Kuala Tatau, kejadian berkenaan dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Bintulu pada jam 1.50 petang.
Tengkorak kepala yang ditemui tersebut masih memiliki 2 gigi pada tulang rahang. Dengan menggunakan bahan bukti tersebut, identiti misteri tengkorak tersebut akan dikenal pasti melalui ujian forensik dan siasatan terperinci.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga di kawasan terbabit disarankan untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan selain daripada melakukan proses pengecaman.
Buat anda yang berhasrat ke sini, jangan risau, kawasan ini masih lagi selamat untuk dilawati pelancong.
Sumber: Utusan Borneo
Sukakan cabaran? Jom ke India, kita panjat Kalavantin Durg sama-sama.
KALAVANTIN DURG – Berbahaya & Mendebarkan
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2199397660299653/