Pizza Hut Perkenal Menu Edisi Terhad – Krabby Cheese Pizza

Pizza Hut membuka tirai tahun baharu dengan memperkenalkan piza Krabby Cheese bagi meraikan kepelbagaian dan bersifat inklusif terhadap satu sama lain dalam kalangan rakyat Malaysia. Piza Krabby Cheese merupakan menu edisi terhad bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Hadir dengan enam isi sepit ketam yang enak, dilimpahi keju cheddar serta mozarela cair bersama hirisan daging ayam, toping cili benggala dibakar dan hirisan nanas pasti lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati hidangan bersama.

Jangan lepaskan peluang mencuba menu edisi terhad ini! Pizza Hut menawarkan:

  • Krabby Cheese ala carte pada harga RM41.90
  • Makan di restoran yang didatangkan dengan dua sup krim cendawan pada harga RM45+
  • Penghantaran hidangan kombo pada harga RM39.90+
krabby cheese
Sumber: Pizza Hut

Boleh didapati bermula hari ini sehingga Februari sahaja. Sila kunjungi pautan ini untuk menikmatinya sekarang!

 

Dah makan piza, cuba pula makanan yang digemari rakyat Malaysia ini. Tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.