Tidak dinafikan emas adalah antara elemen yang paling mahal di dunia. Emas dijadikan sebagai barang perhiasan bagi kaum wanita dan digunakan sejak zaman purba lagi.
Demi memuaskan nafsu dan menjadi pencipta paling hebat di dunia, emas juga digunakan dalam menghasilkan produk-produk yang sangat pelik dan tidak masuk akal seperti menyalut emas dalam makanan.

Bagi mereka yang suka makan makanan dalam gaya mewah, makanan ini sesuai untuk anda. Kegunaan emas dalam bahan makanan, emas mestilah sekurang-kurangnya 23 atau 24 karat.
Jadi, kami kongsikan 8 makanan yang disalut dengan kilauan emas dan juga akan ‘melesapkan’ duit poket anda.
1. 24K Pizza – Industry Kitchen, New York (RM8228)

Piza mewah ini dibuat dengah hanya bahan terbaik, termasuk keju Stilton, foie gras, trufel dan beberapa daun emas 24k dari Ecuador. Tahukah anda, untuk menyiapkan satu hidangan piza ini mengambil masa selama 48 jam.
2. Gold grilled cheese – Serendipity 3, New York (RM880)

Sadwic keju ini dipenuhi dengan ketebalan keju yang jarang ditanam dan ia dililit dengan emas sebenar, bersama dengan trufel putih. Harganya RM880, dinobatkan oleh Guinness World Record sebagai “sandwic paling mahal di dunia”.
3. Cheeseburger – Phat Stacks, Australia (RM362)

Roti burger ini disalut dengan emas 24k bersama dua kepingan daging, dua ketul ayam goreng, tiga keping keju, bawang dan lada. Pelanggan juga boleh mengubahsuai burger biasa kepada burger yang disalut emas di kedai ini.
4. Cappucino – Emirates Palace Hotel, UAE (RM82)

Kopi ini ditabur dengan serbuk emas bersama coklat drizzle di atasnya. Emirates Palace Hotel menggambarkan minuman ini sebagai “a taste of royalty” kerana ia dihidangkan atas dulang perak bersama kurma khas dan coklat hitam (dark chocolate).
5. Cupcake – Bloomsbury’s, Dubai (RM4113)

Kek cawan ini dinamakan ‘Golden Phoenix‘ memerlukan 48 jam untuk menyediakannya. Ia diperbuat dengan beberapa lembaran emas, kacang vanila, coklat Itali dan strawberi yang dicelup emas. Tengok pun sayang betul nak makan!
6. Ais krim – Snowopolis, California (RM61.50)

Mungkin ini yang paling murah, boleh dapatkan ais krim emas ini di Anaheim, California. Ais krim perisa vanila ini disembur dengan emas 24 karat dan kemudian dibalut lagi dengan daun emas.
7. Buffalo wings – Ainsworth, New York (RM4109)

Di restoran ini menawarkan set hidangan ayam iaitu set buffalo wings dicelup dalam emas tulen. Idea kepak ayam goreng emas ini datangnya dari Jonathan Cheban yang mana ayam yang sudah digoreng akan disalut pula dengan empingan emas 24 karat.
8. Rollney – Penang (Rm53.90+)

Tidak payah jauh-jauh ke luar negara untuk makan emas kerana Malaysia pun ada juga. Rollney ialah sebuah kedai pencuci mulut yang tertumpu pada Kurts Kalacs (roti cerobong Hungary) bersama ais krim. Pelanggan juga boleh mencuba rollney yang disalut dengan serbuk emas tulen.
Tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mengeluarkan idea mencipta makanan yang bersalut emas ini. Walaupun nampak tidak relevan kepada kita, tetapi ia juga satu pengalaman yang berharga untuk mencubanya dan bagi mereka yang menggemari makanan kelihatan rare ini akan sanggup membelinya.
Sumber: Insider
Tak capai taraf mewah nak cuba makanan bersalut emas ini? Tak apa, anda boleh cuba
9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia mengikut negeri
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2197120163864505/