Tibanya bulan Januari menandakan bakal memasuki musim bunga di Jepun. Hadirnya musim bunga bermakna menjadi waktu yang tepat untuk menikmati simbol negara ini iaitu bunga Sakura atau cherry blossom. Bunga yang berwarna merah jambu muda itu adalah simbol ‘permulaan baharu yang segar’.

Kebiasaanya, bunga Sakura akan mekar pada bulan April dan sering menjadi tumpunan para pelancong dari seluruh negara. Namun, pada tahun ini bunga Sakura bakal berkembang mekar lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Bunga Sakura dijangka mula mekar pada 22 Mac di daerah Tokyo, empat hari lebih awal daripada purata kebiasaannya dan mencapai fasa mekar penuh seminggu selepas itu.

Pada tahun ini, juga rantau di sekitar Nagoya dijangka bunga Sakura mekar awal pada 22 Mac, manakala di Fukuoka dan Kochi dapat melihat bunga Sakura masing-masing pada 18 Mac dan 20 Mac.
Namun, waktu terbaik untuk menyaksikan bunga Sakura adalah ketika bunga benar-benar mekar sepenuhnya dan biasanya memerlukan masa sekitar seminggu bermula hari pertama bunga mengembang. Japan Meteorological Corporaton (JMC) telah membuat perkiraan bunga Sakura mekar sepenuhnya di Tokyo pada 29 Mac 2019.

Ia juga berita baik bagi para pelancong ke Jepun kerana tarikh tersebut berdekatan dengan tarikh festival Hanami iaitu pada 30 dan 31 Mac di taman Tokyo.
JMC membuat ramalan meliputi 1,000 lokasi di seluruh Jepun berdasarkan data dan ciri-ciri bunga daripada beberapa pokok Yoshino dan akan mengemas kini data dari semasa ke semasa untuk mereka yang merancang melancong ke Jepun pada musim bunga ini.
Sumber: Japan Times
Canggih dan unik sungguh hotel di China ini, tonton
7 fakta menarik hotel bawah tanah pertama di dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1067219506790274/