Dalam dunia kini semuanya berlandaskan internet, ada individu menandakan kejayaan percutian seseorang itu berdasarkan kepada berapa banyak jumlah like yang diterima daripada setiap hantaran gambar di media sosial.
Mentaliti sebegini sebenarnya bakal menjadikan anda lebih memikirkan pandangan orang lain berbanding kepuasan diri sendiri. Hasilnya? Anda akan melawati tempat-tempat yang melebihi bajet perjalanan semata untuk meraih perhatian dan like dari rakan di media sosial.
Kami senaraikan beberapa tip atau cara untuk anda jadi seorang traveler yang lebih bijak dan bertanggungjawab dalam segala aspek.
1. Jangan tergesa-gesa
Tidak perlu tergesa-gesa. Daripada kelam kabut mengejar penerbangan dan kereta api, apa kata anda luangkan masa lebih lama pada sesuatu tempat. Lebih kurang kawasan yang anda lawati, lebih lama masa yang boleh anda luangkan. Bukan sahaja dapat mengenali budaya tempatan dengan lebih dalam, tetapi anda juga boleh mengurangkan kos perbelanjaan.
2. Tidak semuanya perlu dirakamkan sebagai gambar
Tidak semua perkara bernilai untuk anda rakamkan sebagai kenangan. Adakalanya anda hanya perlu duduk dan nikmati situasi secara sepenuhnya. Perkara ini turut diakui oleh beberapa jurugambar kerana bagi mereka tidak semua pemandangan boleh menjadi gambar yang epik.
3. Bersedia untuk menjadi seorang yang flexible
Tip ini khas untuk mereka mempunyai sifat seperti ‘pembaris’; sentiasa mengikut rancangan jadual perjalanan yang sudah disediakan. Tidak suka kepada perkara spontan, individu pembaris ini perlu belajar bahawa menjadi seorang yang boleh berubah mengikut keadaan adalah tidak salah. Kadangkala perlakuan spontan lebih manis pengalamannya daripada yang terlalu mengikut jadual, kan?
4. Pilih destinasi yang boleh membuka minda anda
Bercuti bukan hanya sekadar untuk merehatkan fizikal dan mental. Pilih destinasi yang mampu ‘membuka’ mata anda untuk melihat dunia dari sisi lain. Jika anda sudah terbiasa menempah hotel sebagai penginapan, apa kata kali ini anda pilih hostel. Mana tahu berjumpa dan bergaul dengan rakan sebilik mampu membuatkan anda belajar sesuatu yang berharga.

5. Elak pembelian barangan tidak penting
Pembelian secara melulu menyebabkan anda selalu ‘terbeli’ barangan yang tidak penting. Jika anda buang sifat ini, anda dapat menjimatkan kos pada perkara yang sia-sia. Fikir secara mendalam sebelum lakukan pembelian dan anda akan lihat berapa banyak yang mampu anda simpan.
Jom ubah cara kita travel supaya terlihat lebih bijak dan bertanggungjawab. Jika tidak kepada sekeliling, apa kata bermula kepada diri sendiri dahulu?
Sumber: Travel and Leisure
Ada tidak makanan kegemaran anda di paparan video bawah?
9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2197120163864505/