AirAsia Nafi Lancar Crypto Revolt, Platform Teknologi Kewangan Baharu

Kegagalan mengenal pasti sesuatu skim sebagai scam merupakan sebab mengapa orang ramai terjerumus ke dalamnya. Ramai yang melabur kerana terpedaya dengan ayat-ayat indah yang ditaburkan pengusaha scam selain daripada cetek ilmu kewangan dan pelaburan.

Baru-baru ini tular di laman media sosial yang mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia telah melancarkan sebuah platform teknologi kewangan baharu yang dikenali sebagai Crypto Revolt.

AirAsia tampil memberi penjelasan serta amaran kepada orang awam supaya mengabaikan kandungan tersebut kerana laman sesawang tersebut merupakan online scam hasil tindakan individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

AirAsia Scam
Sumber: Vulcon Post

Orang ramai juga diminta merujuk kepada saluran media AirAsia yang sah di laman Twitter, Facebook dan Instagram untuk mendapatkan sebarang berita mengenai syarikat penerbangan ini.

Mari jadi pengguna yang bijak!

Sumber: AirAsia

Jom tengok resipi unik finalis Hero Oven, Adamdidam. Katanya dia ini pak cik saudara Fatimah UK yang pandai kecek itu.

5 Resepi Unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/368615117260664/