Umum sedia maklum, Bali merupakan salah satu destinasi popular yang dikunjungi oleh masyarakat global. Terkenal dengan keindahan pulau; pantai yang cantik, laut membiru, perkampungan sawah padi dan keunikan budaya, ramai menjadikan Bali sebagai destinasi merehatkan fizikal dan metal.
Disebabkan sering menjadi destinasi tumpuan, kerajaan Bali mengumumkan bahawa kadar cukai sebanyak AS$10 bakal dikenakan kepada pelancong asing tidak lama lagi sebagai dana membiayai program pemuliharaan alam sekitar dan budaya.
Undang-undang pelaksanakan cukai tersebut telah dirangka sebagai salah satu langkah penguatkuasaan sebagai sokongan kepada pembangunan Bali. Pengharaman plastic kegunaan tunggal seperti beg beli belah, styrofoam dan penyedut minuman juga dilakukan sebagai usaha pengurangan hingga 70% sisa plastik dalam jangka masa setahun.

Data menunjukkan bahawa pada tahun 2017, seramai 5.7 juta pelancong asing telah datang ke Bali dan kebanyakan daripadanya ialah pelancong China dan Australia. Manakala pada 2018, kadar pelancong asing melebihi jangkaan 6 juta apabila Bali menjadi tuan rumah acara bertaraf antarabangsa.
Kaedah pengutipan cukai masih lagi diperincikan sama ada kerajaan Bali mahu menambah caj levi pada harga tiket penerbangan atau mengutip bayaran di lapangan terbang, kesemua masih lagi dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, kadar bayaran cukai ini telah dikecualikan kepada pelancong domestik.
Usaha kerajaan Bali ini wajar diberikan pujian kerana sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan, mereka perlu menjaga imej dan kredibiliti kawasan tersebut. Terutamanya dalam aspek kebersihan dan keindahan alam sekitar daripada tercemar.
Sumber: Astro Awani
Ada orang kata muzium makanan jijik ini boleh buatkan anda muntah. Nak tahu betul ke tak, jom tonton video di bawah ini.
Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2328041730740553/