Selepas bertegas melarang kemasukan atlet perenang paralimpik Israel ke Malaysia bagi menyertai “2019 World Para Swimming Championship” dan turut dikecam oleh kerajaan Israel dengan membuat kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan polisi ‘anti-semitisme fanatik’ serta bertentangan dengan semangat Olimpik, Jalur Gemilang dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin.
Jalur Gemilang berkibar di Stadium Yarmouk; salah satu stadium tertua di Gaza oleh peminat bola sepak Palestin dalam meraikan pendirian Malaysia semasa perlawanan bola sepak. Juga terdapat sepanduk dengan slogan demi menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri lain kerana pendirian mereka terhadap Israel.

“Terima kasih Malaysia kerana pendirian menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel'”
Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir menyatakan kedatangan Israel merupakan satu jenayah sekali gus menegaskan Malaysia tidak akan mengubah pendirian terhadap atlet-atlet Israel.
Selain meraikannya dengan mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Yarmouk, turut memasang bendera Malaysia dan sepanduk yang sama di Staidum Palestin; tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Palestin yang dibom Israel pada 2006.
Rakyat Palestin juga cepat bertindak balas di media sosial di bawah hashtag #supportMalaysia, dan solidariti dengan Malaysia tersebar luas di Facebook, Twitter dan Instagram.
Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita tetapkan pendirian menentang jenayah Israel terhadap penindasan warganegara Palestin!
Sumber: FMT
Selalu masak menu yang sama sahaja, apa kata cuba resipi unik ini. Tonton
5 resipi unik Adamdidam
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/368615117260664/