Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan mengenai Malaysia Airlines (MAS) mempromosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalahnya, Going Places keluaran Januari 2019. Ia juga mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk PERKASA dan Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT).
Kata Presiden PATUT, kejadian itu disifat sangat memalukan dan tidak patut berulang terutama ketika Malaysia menjadi rujukan kebanyakan dunia khususnya negara-negara Islam dalam soal pemabangunan produk makanan halal.
Bagaimanapun, MAS memohon maaf di atas promosi makanan itu yang menyinggung mana-mana pihak susulan kritikan mendakwa ruangan iklan, Restaurant Openings menyertakan hidangan babi, menurut mereka tidak sesuai dengan sensitiviti umat Islam.
Dalam satu kenyataan, artikel dalam majalah Going Places menampilkan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan sebagai menu mereka. Dilampirkan bersama artikel tersebut adalah gambar daging lembu wagyu dan juga sotong.
“Malaysia merupakan negara pelbagai budaya dan ulasan restoran tersebut bukan bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak,”
Turut menyelar isu terbabit, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz yang disifatkan sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan. Katanya, sebagai jenama nasional, hendaklah menjaga kehormatan negara dari segi undang-undang dan sebagai membawa imej negara Islam sebagai agama rasmi.

Menurut Malaysia Kini, berdasarkan semakan majalah keluaran Januari itu, tiada gambar disertakan pada perenggan yang merujuk menu babi berkenaan. Bagaimanapun, pada satu perenggan, artikel itu ada menyebut perkataan “pork” (daging babi) dua kali bagi promosi sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Nasib, ini baru promosi menu restoran dalam majalah penerbangan, kalau promosi menu dalam pesawat tak tahu apa jadi nanti. Apapun kena sensitif dengan isu sebegini.
Sumber: Malaysia Kini, Sinar Harian
Ketepikan isu promosi daging babi sebentar, tonton
Beb Stone Oven Pizza
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2257344317855551/