5 Situasi Dalam Pesawat Yang Paling ‘Menyakitkan Hati’

Travel dengan menggunakan pengangkutan kapal terbang memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika tempoh perjalanan yang perlu anda tempuh adalah panjang. Masa inilah kesabaran seringkali diuji dengan situasi-situasi yang ‘menyakitkan hati’.

Kami senaraikan lima situasi yang paling ‘menyakitkan hati’ mengikut sususan menaik.

5. Seat mate ‘bawang’

Bayangkan baru sahaja duduk di kerusi, rakan sebelah anda sudah mula bercakap dan bertanya kepada anda tanpa henti; macam tembakan machine gun. Mesti frust kan? Lebih menambah rasa sakit hati apabila dia seakan tidak faham hint yang anda diberikan untuknya berhenti bercakap.

Situasi Menyakitkan Hati

4. Penerbangan ditangguhkan di kawasan lapangan

Sudahlah terpaksa kelam kabut melalui segala proses daftar masuk diri dan bagasi sehingga tidak sempat untuk menggunakan tandas. Tetapi apabila sudah masuk ke dalam pesawat, anda diminta tunggu sebentar berikutan masalah di bahagian kawalan trafik udara atau pemeriksaan keselamatan.

Anda sebagai penumpang sentiasa faham mengapa keadaan ini berlaku, namun sekurangnya makluman awal daripada pihak syarikat penerbangan membolehkan kita menyelesaikan urusan sebelum menaiki pesawat.

3. Kerosakan operasi sistem hiburan

Salah satu keseronokan yang menemani anda dalam menempuh tempoh panjang perjalanan penerbangan ialah sistem hiburannya. Bayangkan jika sistem hiburan di tempat duduk anda rosak sama ada skrin sentuh tidak berfungsi atau pun langsung tidak menyala, bagaimana bosannya perjalanan anda!

Jika penerbangan tersebut tidak ramai orang, bolehlah anda menukar tempat duduk. Tapi jika kesemua kerusi penuh? Memang sepanjang perjalanan, anda hanya boleh makan dan tidur sahajalah jawabnya.

3f8979ea-0998-4ddb-a5f3-625ea2eb69d7-fuzzy screen

2. Pencerobohan kawasan

Sudahlah terpaksa menahan seksa dengan kawasan tempat duduk sempit, dapat pula ‘rakan’ di sebelah yang tidak memahami erti menghormati privasi dan ruang orang lain. Selamba sahaja melanggar etika perilaku dalam pesawat; meregangkan badan secara berlebihan dan tidur di bahu ‘rakan’ sebelah. Memang tidak masuk akallah!

1. Kebersihan badan tidak dijaga

Daripada bau busuk kuat kaki dan nafas sehinggalah kepada bauan ‘tengik’ peluh badan , pastinya anda pernah berjumpa dengan penumpang yang mengalami masalah sedemikian. Menduduki carta sebagai tempat pertama, rata-rata daripada anda pasti bersetuju bahawa keadaan kebersihan badan perlulah dijaga sebelum memulakan perjalanan demi keselesaan semua penumpang.

Situasi Menyakitkan Hati

Setelah membaca senarai lima teratas ini, ada yang anda pernah atau selalu alami tidak? Mesti ‘menyakitkan hati’ bukan.

Sumber: Love Exploring

Ada rancangan ke Cordova tak? Jom tonton

7 Lokasi Pelancongan Menarik Di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/276318949708429/