KFC Perkenal Lilin Edisi Terhad Wangian ‘Gravy’

Peminat tegar ayam KFC kini boleh ‘mewangikan’ rumah mereka dengan bauan gravy daging sama seperti yang anda boleh dapati dari restoran segera terbabit.

Gravy merupakan salah satu perasa yang boleh menjadikan hidangan seperti ayam dan daging panggang terasa lebih sedap dan berbau ‘harum’.

Hanya menyediakan sekitar 230 lilin edisi terhad, KFC mengehadkan hadiah ini kepada pelanggan yang bertuah dengan terma ‘siapa cepat dia dapat’. Hanya boleh didapati di KFC cawangan United Kingdom, peluang untuk mendapatkan lilin wangian gravy ini boleh didapati di sini.

Turut melancarkan satu medium yang membolehkan pengguna mendengar bunyi gorengan ayam, kentang dan daging disalai sambil ditemani bauan lilin gravy. Mendengar sahaja audio di KFChill Experience pastinya bakal membuatkan pengguna meleleh air liur.

Lilin Wangi KFC

Uniknya strategi perniagaan KFC ini, mereka menggunakan sepenuhnya laman media dengan idea-idea kreatif yang bakal membawa kepada pengguna menempah hidangan mereka kerana sudah ‘tergoda’ dengan bauan dan bunyian tersebut.

Bukan merupakan kali pertama melancarkan lilin wangi, KFC pada tahun 2016 telah mengeluarkan produk yang sama; lilin wangian ayam goreng di New Zealand dengan kuantiti terhad sebanyak 25 unit.

Manakala pada 2017, KFC Jepun telah mencipta bath bomb yang berbau seperti 11 herba dan rempah yang digunakan dalam resipi ayam goreng mereka.

Yang paling penting, sejauh mana pun anda ‘tergoda’ dengan bauan gravy tersebut, sila pastikan tahap godaan itu tidak membahayakan diri anda.

Jangan sampai ada yang minum lelehan lilin tersebut sudahlah.

Sumber: Evening Standard

Suka makanan eksotik? Memang kena pergilah muzium ini.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2328041730740553/